top of page

Bila mahu pinda Akta Industri Perkhidmatan Air, hukuman pencemar sungai masih ringan



Pencemaran kepada sungai yang menjadi sumber utama bekalan air bersih negara masih banyak berlaku, terutama di negeri maju seperti Selangor. Namun hukuman kepada pencemar masih lagi belum ditingkatkan.


Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar (PH - Permatang Pauh) menimbulkan soalan bilakah Akta Industri Perkhidmatan Air akan dipinda untuk meningkatkan hukuman kepada pencemar.


"Kita maklum pelaku atau mereka yang mencemar sungai tidak langsung memperlihatkan ketakutan. September 2020 gangguan air di Selangor berpunca dari kilang di Sg Gong. Tindakan diambil tetapi akhir Ogos satu lagi kilang berasaskan makanan telah dikenal pasti sebagai salah satu punca pencemaran, kesannya begitu besar melihatkan 324,000 akaun pengguna


"Persoalan saya, daripada tindakan yang diambil, saya mengamati tidak ada diumumkan pindaan kepada undang-undang sedia ada khususnya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta 655 kerana hukuman maksimum 10 tahun penjara tetapi denda tidak melebihi RM500,000.


"Mohon maklum balas terkini memandangkan di bawah kerajaan dahulu pindaan dicadang dan bukan sahaja melibatkan rampasan kenderaan yang mencemarkan kumbahan, tahan orang termasuk denda yang lebih tinggi," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat pagi tadi.


Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Mansor Othman menjawab, Akta 1974 tersebut peringkat 1 dan telah siap dan dikemukakan kepada KASA.


Manakala draf pindaan akan dikemukakan ke pejabat Peguam Negara untuk kelulusan dan akan dibentang pada 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page