top of page

Biar SPRM jalankan siasatan tanpa mengira kedudukan - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan ruang untuk melakukan siasatan secara bebas terhadap sebarang kes melibatkan pemimpin besar.


Perdana Menteri berkata sistem keadilan di negara ini tidak mahu dilihat sebagai hanya mengambil tindakan terhadap golongan kecil manakala golongan atasan tidak boleh disentuh.


"Biar SPRM jalankan tugas tanpa kira kedudukan..Tun ke, Tan Sri ke..(jika tidak) nanti kritikan dia.. ikan kecil ini ditangkap, yang kepala tidak boleh disentuh, masih ada yang pertahankan dan gunakan pengaruh dan media terutama di media sosial.

"Biarlah siasatan dibuat, dia rahsia umum seorang yang menggondol kekayaan yang besar, ia supaya pemimpin jangan dilihat sebagai pelindung perasuah besar, jadi itu tanggungjawab SPRM jalankan tugas siasatan," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.


Perdana Menteri berkata tindakan dilakukan tanpa mengira kedudukan supaya tidak ada tafsiran yang dibuat iaitu apabila setiap kali orang besar disiasat pihak berkuasa maka itu terdapat muslihat.


"Jadi orang kecil disentuh itu tidak ada apa-apa," ujarnya.


Jelas beliau negera ini bukan mengamalkan sistem yang bobrok sebaliknya perlu menunjukkan keberanian untuk bertindak terhadap perasuah besar.


"Apakah (kes) itu benar atau tidak biarkan siasatan dan dijalankan dan badan kehakiman membuat keputusan," katanya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan diminta mengulas tindakan SPRM menyita bangunan Menara Ilham, Kuala Lumpur pada Isnin lepas dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.

Memetik sumber, laporan menyebut, bangunan itu yang turut menempatkan pejabat tokoh korporat berkenaan disita di bawah Akta SPRM 2009.


Penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 itu disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian hari ini.


Menurut notis ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib itu, Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diarah untuk menyita bangunan Menara Ilham yang mempunyai alamat di No. 8, Jalan Binjai di sini.


Arahan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah setelah berpuas hati dengan maklumat yang diberikan oleh pegawai agensi antirasuah berkenaan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Menara Ilham, bangunan 60 tingkat dilaporkan milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin


Menurut sumber, siasatan tersebut adalah kesinambungan kepada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICJ) yang juga dikenali sebagai Kertas Pandora, berhubung transaksi yang dijalankan di pusat kewangan luar pesisir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page