Biadap pertikai Agong jemput keluarga Jemaah Menteri ke istana
- Suara Keadilan
- Apr 24, 2023
- 2 min read

Tindakan isteri ahli politik Bersatu Saifuddin Abdullah, iaitu Norlin Shamsul Bahri mempersoal kehadiran keluarga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa keluarganya hadir ke Majlis sambutan Hari Raya di Istana Negara dianggap biadap.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, kenyataan Norlin yang menyatakan Nik Nazmi tidak faham protokol kerana membawa anak dan isteri hanya memakan diri apabila media sosial Istana Negara sendiri memaklumkan majlis terbabit menjemput keluarga Jemaah Menteri.
Razeef tertanya tanya adakah Norlin cemburu dengan jemputan dari Istana Negara tersebut ke atas Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
"Norlin yang dilihat cemburu bukan sahaja menuduh Nik Nazmi tidak memahami protokol, malah menjatuhkan hukum dengan menyatakan makanan yang dimakan anak-anak Nik Nazmi sebagai 'haram' jika hadir tanpa jemputan.
"Nik Nazmi telah menerangkan bahawa jemputan yang dibuat adalah termasuk keluarga iaitu isteri, anak dan cucu. Dalam ciapan laman rasmi Facebook Istana Negara pula menyatakan pihak istana turut menjemput tetamu kenamaan termasuk anggota Jemaah Menteri untuk hadir bersama keluarga. Ini jelas (menunjukkan) Jemaah Menteri dijemput hadir bersama keluarga.
"Walau bagaimanapun Norlin masih gigih mempertikai walau tahu beliau telah melakukan kesilapan dengan menuduh Nik Nazmi tanpa selidik," katanya dalam satu kenyataan
"Adakah Norlin cemburu Yang di-Pertuan Agong menjemput keluarga Jemaah Menteri?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Razeef menasihatkan pimpinan atau ahli keluarga pemimpin Bersatu agar berhenti mempertikai kesemua perkara dan peristiwa yang melihatkan pemimpin Kerajaan Perpaduan.
Mempertikai tanpa asas, katanya akan memperlihatkan kebodohan mereka.
"Kenyataan Norlin jelas memaparkan kejahilan beliau apatah lagi dengan sewenang-wenangnya menyatakan makanan yang dimakan anak-anak Nik Nazmi sebagai 'haram'.
"Puak Perikatan Nasional perlu berhenti mempertikai semua perkara kerana tindakan itu hanya memperlihat kebodohan mereka (sendiri)," katanya lagi.
Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara diadakan pada hari raya pertama dan dihadiri oleh Jemaah Menteri termasuk jemputan kehormat negara.
Comments