top of page

Bersatu Simpang Renggam kecoh pimpinan letak jawatan beramai-ramai?


Tular di media sosial isu Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Simpang Renggam meletak jawatan beramai-ramai baru-baru ini.


Menurut kenyataan Facebook Angkatan Muda KEADILAN Simpang Renggam, kekecohan itu dilihat bakal menyukarkan lagi masa hadapan Bersatu di Parlimen berkenaan selepas bekas Ketua Bahagiannya, Ahli Parlimen Dr Maszlee Malik menjadi Ahli Parlimen Bebas pada tahun lalu.


"Hangat kenyataan mantan Naib Ketua Bahagian Bersatu Simpang Renggam berkenaan perletakan jawatannya serta bersama-sama jawatankuasa bahagian yang lain secara beramai-ramai di halaman Facebook peribadi beliau, akaun atas nama Pak Tam.


"Selain itu, jelas dinyatakan mengenai pendirian mereka hilang percaya kepada pemangku Ketua Bahagian (Simpang Renggam).


"Adakah rentetan ini berlaku kerana impak selepas Dr Maszlee Malik dikhianati semasa Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menjadi Ketua Bahagian Bersatu pada tahun lalu?" catat AMK Simpang Renggam di Facebook.


Turut dikepilkan beberapa tangkap layar catatan di media sosial mengenai kontroversi perletakkan jawatan Pengerusi Bahagian, Timbalan Pengerusi, Naib Ketua serta AJK Bahagian yang tidak berpuas hati terhadap pemimpin tertentu di Bahagian tersebut.


Untuk rekod, Parlimen Simpang Renggam berjaya dirampas dari BN oleh Bersatu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.


Namun dengan kekecohan yang berlaku dan kemungkinan pertandingan 3 penjuru antara BN, PN dan PH, tidak dapat diramal nasib Bersatu di Parlimen itu dalam PRU ke 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page