top of page

Bersatu degil mahukan darurat, Umno beri amaran kepada PN


Tidak sampai seminggu Bersatu dan Umno berbaik semula selepas permohonan darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong, hubungan kedua-dua parti kerajaan ini kembali keruh.


Masakan tidak, Speaker Dewan Negara, Rais Yatim yang meminta kerajaan mencadangkan sekali lagi pelaksanaan darurat kepada Agong jelas bertentangan dengan pendirian Umno yang ketika ini mahukan gencatan politik.


Menurut laporan Malaysiakini, seorang ahli majlis tertinggi Umno yang tidak dinamakan tidak bersetuju dengan cadangan Rais, malah cadangan itu dianggap cuba membelakangkan keputusan Agong sebelum ini.


"Tindakan Rais Yatim yang meminta kerajaan meneruskan cadangan darurat adalah satu tindakan yang tidak mementingkan rakyat.


"Saya tegas untuk menolak mana-mana tindakan yang akan menjejaskan keselamatan rakyat dan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia," katanya.


Terdahulu, Rais menganggap wajar untuk mengadakan darurat tetapi perkara itu perlu dilihat dari sudut kesihatan dan bukannya politik.


“Dengan keadaan Covid-19 yang meningkat serta situasi ekonomi rakyat yang terhimpit, amat wajar kiranya pihak berkuasa menyembah jelaskan kepada Seri Paduka sekali lagi agar menerima apa-apa fakta tambahan daripada pihak berkuasa.


“Rakyat harus menghormati titah Seri Paduka tempoh hari, bagaimanapun kehendak Perkara 40 itu perlu dipatuhi walaupun bersyarat. Moga langkah-langkah wajar kerajaan dalam konteks pentadbiran darurat tidak disalahertikan,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan..


Bagaimanapun pandangan Rais itu menerima reaksi negatif Umno terutamanya dari presidennya sendiri, Zahid Hamidi.


Malah, Zahid berkata Umno tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.


Kenyataan Zahid yang berbaur ugutan kepada Bersatu itu memberikan gambaran seolah-olah Umno akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika Bersatu terus berdegil mahu melaksanakan darurat.


Malah kedegilan Bersatu yang tetap mahukan darurat juga menunjukkan kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar mahu menyelamatkan diri dari usul undi tidak percaya di Parlimen.


Hubungan buruk yang berterusan antara kedua-dua parti kerajaan itu terus membuktikan bahawa kerajaan PN ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil.


Ia juga bukan petanda baik buat negara, terutamanya apabila rakyat benar-benar mengharapkan bantuan menerusi pembentangan Belanjawan 2021.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page