Hari Raya Aidiladha tahun ini amat bermakna bagi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.
Tahun ini merupakan pertama kali beliau meraikan ibadah korban bersama penduduk kariah masjid di dalam kawasan parlimen Lembah Pantai dan juga warga kerja Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang juga berada di kawasan Lembah Pantai.
"Usai Solat Sunat Aidiladha, saya terus ke Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria untuk bersama-sama penduduk mengerjakan ibadah korban.
"Selesai urusan korban di Pantai Ria, saya terus ke majlis korban bersama penduduk PPR Seri Cempaka pula.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," catat Fahmi di Facebooknya selepas meraikan majlis korban di dua buah masjid yang menjadi rutin beliau kunjungi sejak bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Namun di RTM, sebelum ini beliau hanya menyumbang seekor lembu, pada tahun dapat ini meraikan kemeriahan ibadah bersama warga kerja RTM.
"Ke Masjid Muhammadi, Angkasapuri pula kali ni. Meraikan ibadah korban bersama warga RTM," tulisnya.
Comments