top of page

Berpantun mengenai harga barang dianggap kesalahan oleh BN - PN?



Tindakan menahan dan menyiasat mantan Senator, Siti Aishah Shaik Ismail kerana video TikToknya kelmarin dikecam keras oleh Peguam Muda Amanah.


Pengerusi Peguam Muda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, tindakan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu boleh dilihat sebagai intimidasi akibat terdesaknya kerajaan BN - PN mempertahankan kuasa di tengah tengah kegagalan mengekang inflasi.


"Tindakan PDRM bersama SKMM ini satu tindakan terdesak kerajaan yang gagal untuk mengawal kenaikan menggila harga barang terutama barangan asasi termasuk ayam dan minyak masak.


"Persoalannya, adakah kerajaan PN dan BN sekarang ini menganggap luahan rakyat melalui apa jua medium sekalipun termasuk TikTok sebagai satu jenayah samada di bawah Kanun Keseksaan mahupun Akta SKMM 1998?


"Sepatutnya kerajaan memikirkan penyelesaian segera dan tuntas kepada kenaikan mendadak harga barang dan bukannya sibuk melakukan intimidasi ke atas rakyat yang meluahkan perasaan dan kegusaran sebagaimana yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan.


Justeru, kata Fadhli lagi, Peguam Muda AMANAH berbesar hati menawarkan khidmat guaman secara pro-bono kepada mana-mana rakyat yang dikenakan sebarang intimidasi dan siasatan akibat meluahkan kegusaran berkenaan kenaikan harga barang di mana-mana medium media sosial.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page