
Kerajaan berjaya merundingkan perkongsian keuntungan bersama syarikat pengimport beras tunggal negara Bernas.
Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain Bernas bersetuju menyumbang 30% keuntungannya, pesawah padi menerima RM200 tunai setiap bulan di samping bantuan benih, baja dan sebagainya.
"Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan
peruntukan 1.6 bilion ringgit.
"Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan 228 juta ringgit," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023, petang tadi.
Selain itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah pekebun kecil.
"Kerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada 2 ringgit 50 sen kepada 2 ringgit 70 sen sekilogram dengan peruntukan 350 juta ringgit.
"Melalui kenaikan ini, saya menggesa Lembaga Getah Malaysia memudah cara kaedah tuntutan terutamanya melibatkan pekebun kecil yang terpaksa keluar berpuluh kilometer hanya untuk mendapatkan insentif tersebut. Ini tidak boleh lagi menjadi amalan kerana menyusahkan rakyat.
"Saya mahu, LGM lebih responsif turun padang menguruskan tuntutan pekebun kecil dan mula bertindak proaktif dalam soal penyaluran tuntutan," katanya.
Kerajaan juga, umum Anwar akan menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada 600 kepada 800 ringgit untuk
tempoh empat bulan.
"Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta," katanya.
juta ringgit.