top of page

Berjaya capai imuniti kelompok, MB Negeri Sembilan hargai usaha semua pihak


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menghargai jasa dan usaha semua pihak bagi membolehkan imuniti kelompok di negeri itu dapat dicapai seawal bulan September.


Ini selepas lebih 80 peratus daripada populasi dewasa di Negeri Sembilan kini lengkap divaksin sejak 2 September 2021.


"Sehubungan itu, Negeri Sembilan juga telah mencapai imuniti kelompok (herd immunity) seperti yang disasarkan.


"Dalam titah pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri pada 3 September 2021, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menzahirkan kesyukuran atas pencapaian yang membanggakan ini," katanya.


Aminuddin berkata, untuk mencapai matlamat itu, lebih 100 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) meliputi Hospital, Klinik Kesihatan, Industri dan juga PPV Bergerak telah disediakan.


"Pada 28 Jun 2021, PPV Mega IPT USIM yang mampu memberikan sebanyak 1,500 suntikan sehari telah dibuka dan kapasiti tersebut telah dinaikkan kepada 3,000 suntikan sehari selepas seminggu beroperasi.


"PPV Industri juga telah dimulakan dan D'Tempat Country Club, Sendayan, dipilih sebagai PPV Industri pertama di Negeri Sembilan.


"Dari segi perancangan, lebih daripada 180,000 dos bekalan vaksin telah disediakan untuk bulan Jun 2021. Namun, setelah mengambil kira situasi semasa penularan kes COVID-19 di negeri ini, jumlah bekalan vaksin telah ditingkatkan kepada melebihi 600,000 dos pada bulan Julai dan Ogos," katanya.


Justeru, hasil daripada kejayaan tersebut, kadar kes di Negeri Sembilan adalah 24.27 kes bagi setiap 100 000 penduduk, kadar penggunaan katil ICU 42 peratus manakala kadar penggunaan katil bukan ICU turun kepada 30 peratus.


"Di kesempatan ini, saya menitipkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak sama ada jabatan, agensi mahupun sukarelawan yang telah bersungguh-sungguh menyumbang masa dan tenaga dalam merealisasikan matlamat Program Imunisasi COVID-19.


"Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas kerjasama yang diberikan dalam mematuhi SOP serta menepati temu janji vaksinasi. Insya-Allah, sama-samalah kita berusaha untuk beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN)," kata Aminuddin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page