top of page

Berilah suntikan kewangan kepada rakyat, walaupun terpaksa berhutang


Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya memperkenalkan segera bantuan dana baharu kepada rakyat.


Ketua Pembangkang itu menyifatkan, tidak salah jika kerajaan membuat pinjaman kewangan demi untuk meringankan beban rakyat.


"Kita tidak boleh terus dengan PKP dan biar rakyat lapar.


"Mesti ada suntikan kewangan, dari mana kewangan itu? Kalau kena pinjam, pinjamlah.


"Kalau kena berhutang, hutanglah sebab ini bukan untuk buat projek mega atau bukan untuk buat pembangunan membazir tetapi khusus untuk kurangkan beban rakyat," katanya.


Katanya lagi, inilah masa yang baik untuk membantu rakyat yang semakin kesempitan hidup.


"Dalam keadaan ekonomi ketika ini, suntikan perlu maksima, kalau nak suntik inilah masanya. Bukan untuk projek mega tapi ini projek rakyat," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page