top of page

Beri tumpuan khusus isu infrastruktur pendalaman Sabah - Mustapha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 15, 2023
  • 2 min read


Jabatan serta agensi Persekutuan perlu memberi perhatian serius terhadap masalah infrastruktur asas di Sabah.


Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud berkata begitu mengulas titah yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat yang menyentuh masalah luar bandar.


"Baginda (sewaktu bertitah) juga menambah betapa pentingnya infrastruktur asas berkualiti dan perhubungan akses luar bandar wajar diberi perhatian.

"Parlimen Sepanggar yang terdiri daripada kawasan bandar dan luar bandar sememangnya amat memerlukan infrastruktur asas dan jaringan jalanraya. Krisis air dan banjir yang melanda hampir setiap minggu menghambat kehidupan majoriti rakyat di Sepanggar.


"Mewakili warga Sepanggar kami menyokong penuh saranan titah Yang Di Pertuan Agong dan memohon agar kementerian dan jabatan serta agensi berkaitan diperingkat Persekutuan dan negeri dapat memberi perhatian serius dengan isu-isu rakyat ini," katanya dipetik.


Sultan Abdullah dalam titahnya kelmarin menyeru kerajaan memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam melalui kemampanan sektor pembinaan.


Dasar Pembinaan Negara (NCP 2030) menurut Baginda akan memberi fokus kepada pendigitalan serta kemampanan sektor pembinaan dan mengangkat penyelenggaraan infrastruktur bagi memastikan pengurusan aset dan kemudahan lebih berkesan.


Sementara itu Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyentuh isu infrastruktur di Sepanggar berkata, taklimat daripada kementerian dan jabatan bertanggungjawab berhubung status beberapa projek di kawasan parlimen itu tidak berjaya memberikan jawapan yang memuaskan.


Justeru, beliau berkata satu mesyuarat koordinasi antara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu perlu diadakan bagi mencari penyelesaian jangka panjang kepada isu air, jalan raya dan bencana banjir.


"Sebagai langkah seterusnya kami memohon agar diadakan mesyuarat koordinasi antara ahli-ahli Parlimen dan DUN untuk kita sama-sama saling membantu dalam mencari solusi jangka pendek dan panjang untuk mengatasi krisis air, kesesakan trafik dan banjir kilat di kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu khususnya Parlimen Sepanggar," tambah Mustapha.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page