top of page

Beri kebebasan, ruang luas kepada wartawan melapor kebenaran - Anwar


Hari Kebebasan Akhbar Sedunia seharusnya disambut dengan menghirup udara segar kebebasan di negara yang telah melewati usia kemerdekaan melebihi 60 tahun.


Namun, bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebebasan media di negara ini malangnya dalam beberapa segi lebih buruk berbanding negara yang masih muda usianya.


Media serta para petugas, kata Anwar, perlu diberi hak-hak yang sesuai dengan pekerjaan mereka melaporkan berita yang tepat dan bebas.


"Lain halnya di Malaysia, para wartawan dan pihak media diganggugugat serta diancam pendakwaan dalam menyampaikan laporan yang mungkin tidak enak pada halwa telinga pemerintah.


"Sebagai masyarakat dan negara yang berpaksi pada demokrasi, sikap sebegini tidak bertanggungjawab serta menampakkan betapa lemahnya pemerintah yang ada hari ini, di semua segi.


"Wartawan dan pihak media mesti diberi ruang dan kebebasan dalam melapor, selaras dengan Perlembagaan yang menjamin hak itu.


"Keterbukaan dan kritikan tidak harus diinjak malah mesti dirai dan dihormati sekiranya kita benar-benar mahu membangun tamadun yang beretika dan cemerlang," katanya.


Anwar membangkitkan perkara tersebut sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut pada hari ini, setiap tahun.


Katanya, kerajaan dan rakyat sewajarnya menghargai peranan wartawan dan pengamal media dalam memberikan laporan terbaik dan membangunkan minda masyarakat.


"Sambutan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran umum mengenai peri penting aspek kebebasan akhbar dalam mana-mana masyarakat yang terbuka dan demokratik.


"Ia juga meningatkan semua pihak akan tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," katanya lagi.


Sebelum ini, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Malaysia mencatat peningkatan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia berbanding era di bawah BN.


Namun sebaik sahaja Perikatan Nasional merampas Kerajaan Persekutuan pada Mac 2020, indes media Malaysia mencatat penurunan yang drastik daripada kedudukan ke 101 pada 2020 ke kedudukan 119 pada 2021.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page