'Beri kami rumah, baru kami pindah' - Penduduk Kg Peel, Kuala Lumpur



Penduduk Kampung Peel, di Parlimen Titiwangsa, memohon kerajaan memberikan mereka rumah PPR sebelum merobohkan penempatan sedia ada yang berusia 65 tahun.


Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang memperjuangkan nasib penduduk Kampung Peel sejak sebulan lalu berkata, masalah kediaman sangat penting diberi perhatian oleh kerajaan kerana pemaju dan pemilik tanah, Urban Development Authority (UDA) yang mahu penduduk itu berpindah hanya akan membayar pampasan sejumlah RM10,000 ke RM15,000 yang tidak cukup untuk membeli rumah baharu.


"Penduduk dalam120 rumah di sini, setelah pemaju mengambilalih tanah, mereka mendapat notis berpindah kali pertama pada 2018.


"Apabila dapat notis mereka rasa keliru dan berjumpa dengan Ahli Parlimen Titiwangsa YB Rina Harun.


"Tetapi mereka kata tak ada apa-apa jawapan dari Ahli Parlimen. Apabila terjadi PKP dan sebagainya masa berjalan satu tahun. Kes pertama mereka berkaitan status tanah mereka menang di mahkamah. Sebab pihak pemaju atau pun UDA kata mereka penduduk tidak sah di tanah mereka.


"Mereka menang kerana terdapat bukti tinggal di kampung ini 65 tahun dengan dokumen-dokumen TOL.


"Apabila menang pemaju bawa satu lagi kes, hak milik tanah. Kes itu di Mahkamah Tinggi. Kita jangka keputusan mahkamah memihak pemaju," katanya dalam sidang media semalam.


Prabakaran membacakan memorandum tuntut rumah PPR

Bagaimanapun Praba membangkitkan isu pampasan yang kecil dan perlunya penduduk mendapat rumah gantian yang sesuai sebelum mereka disuruh berpindah.


"Di sini isu pampasan timbul. Mula-mula mereka dijanji RM10,000. Ada rundingan, sekarang saya dengar RM15,000.


"Apa yang penduduk mahu bukan sahaja duit. Kalau ambil duit pun mereka tiada rumah. Itu yang menjadi masalah utama di Kg Peel ini. Kalau ambil duit sahaja tiada rumah, di mana nak pergi?" tanyanya.


Lebih bermasalah, kata Prabakaran, pihak DBKL tidak mahu campurtangan dalam isu berkenaan dengan beralasan mereka tidak terlibat sekiranya tanah yang diduduki penduduk bukan tanah kerajaan.


Menurut Praba, kerajaan seharusnya lebih bertimbang rasa kerana dalam kalangan penduduk terdapat golongan B40 yang perlu dibantu dan dibela nasib mereka.


"Bila saya hubungi DBKL dua minggu lalu mereka kata tidak bertanggungjawab atas tanah swasta. Kalau libatkan tanah persendirian DBKL tidak akan bantu. DBKL hanya ambil data bancian. Apabila DBKL tidak bantu, pihak pemaju tidak bantu, penduduk di sini bermasalah.


"Untuk pengetahuan di sini banyak golongan B40. Apabila kita bincang dengan Ketua Kampung mereka mahu rumah PPR untuk penduduk yang layak. Yang tak layak PPR, mereka mohon diskaun ke atas projek perumahan akan datang untuk mereka beli.


"Tuntutan itu adil kerana mereka meneroka lebih 50 tahun.


"Saya dapat temujanji dengan pengerusi UDA Khamis ini, jumpa beliau bincang untuk bantu penduduk di sini.Saya juga akan jumpa Datuk Bandar untuk bincang balik. Saya akan memohon Datuk Bandar supaya beri rumah PPR kepada penduduk yang layak. Saya rasa ada 89 keluarga layak untuk rumah PPR," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER