top of page

Beri Kad Perubatan Kepada B40, OKU, Warga Emas



Oleh: Dr Bam Al-Haj


PENDAPAT: Selain makanan, antara kos sara hidup yang agak tinggi kini adalah kos perubatan.


Golongan B40, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang tidak berkemampuan adalah antara kumpulan yang paling terkesan dalam era pasca pandemik Covid 19.


Kerajaan hari ini perlu mengambil langkah proaktif dengan pendekatan baharu.


Mungkin tambahan dana RM4.9 bilion untuk sektor kesihatan melalui Belanjawan 2024, kerajaan perlu memberikan pertimbangan khusus untuk memberikan Kad Peduli Sihat yang pernah dijanjikan dengan memberikan Special Medical Card (SMC) kepada 1 juta keluarga yang layak.


Ini mungkin boleh dijadikan agenda dalam Reformasi Dasar Kesihatan Negara, selain menambah kemudahan hospital dan tenaga pakar.


Dengan pemberian SMC tersebut, mereka akan mendapat akses rawatan di hospital swasta, supaya kesesakan dan kelambatan rawatan di hospital kerajaan dapat dikurangkan.


Dengan itu, rakyat akan mendapat khidmat rawatan yang lebih cepat dan peluang untuk sembuh lebih baik.


Rawatan segera dilakukan


Sebagai contoh, penulis sendiri (dan tentunya ramai lagi) pernah mengalami masalah "cervical spondylosis" yang memerlukan pembedahan segera. Apabila penulis merujuk kes ke Hospital Kuala Lumpur, tarikh pembedahan yang diberikan adalah enam bulan ke hadapan.


Penulis akhirnya memilih UMSC (UM Medical Centre) dan pembedahan dilaksanakan dalam dua minggu sahaja. Kosnya RM57 ribu, tidak termasuk rawatan susulan.


Jika anda mempunyai Medical Card, kos rawatan akan ditanggung oleh syarikat insuran atau takaful.


B40, OKU dan kebanyakan warga emas tidak mempunyai kemampuan untuk membayar secara bulanan, apa lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.


Di sinilah sepatutnya kerajaan yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan bagi membantu rakyat tanpa mengira agama, kaum dan parti.


Peruntukan RM2 bilion untuk sejuta keluarga


Jika purata bayaran tahunan satu keluarga bagi takaful kelompok sekitar RM2,000, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk sejuta keluarga.


Hanya kerajaan yang prihatin sahaja yang akan benar-benar merealisasikan dan mengotakan sifat Ihsan terhadap rakyat yang amat memerlukan.


Jika setiap tahun kerajaan memberikan peruntukan RM2 bilion untuk SMC untuk sejuta keluarga, dan peruntukan itu ditambah sebanyak RM2 bilion setiap tahun, dalam tempoh tiga tahun, tiga juta keluarga akan dilindungi.


Jika purata sebuah keluarga ialah 5 orang, dalam tempoh tiga tahun seramai 15 juta rakyat akan dapat dilindungi. Ini bermakna 50% daripada penduduk negara dapat merasainya.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan NeuroMarketing Strategist juga mantan Pengarah BTN Selangor, penulis dan Master Trainer.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page