top of page

Bergelar menteri Fahmi masih santai bersama jemaah masjid



Meskipun sibuk dengan tugasan rasmi sejak bergelar Menteri Komunikasi dan Digital, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil tidak melepaskan peluang untuk bersembang santai bersama jemaah masjid di kawasan beliau.


Pagi tadi Fahmi bersembang sambil menikmati sarapan pagi di restoran berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk bertanya khabar dan mengetahui masalah kariah di kawasan itu.


"Selepas solat Subuh di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, saya sarapan di 'Q' Bistro bersama jemaah masjid.


"Pelbagai pandangan yang dibincangkan tentang isu semasa, ada sedikit cerita dan juga ada banyak terima maklum balas.


"Saya terima semua pandangan yang diberikan dan saya akan terus buat yang terbaik," katanya dalam catatan di Facebook.


Fahmi merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai bagi penggal kedua dan mempunyai hubungan akrab dengan para pengundi di sana sejak menjadi pegawai khas kepada Nurul Izzah Anwar yang menjadi wakil rakyat di situ sebelum 2018.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page