Berdasarkan gabungan undi, Kerajaan Perpaduan menang bergaya di Selangor
- Redzuan Shamsudin
- Jun 16, 2023
- 2 min read

Di sebalik propaganda Perikatan Nasional (PN), terutama Pas kononnya gabungan pembangkang boleh menang mudah 30 kerusi DUN di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai atau Ogos ini, fakta dan realiti menunjukkan sebaliknya.
Ahli Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kemenangan PN menguasai 6 kerusi parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bukanlah muktamad.
Hal itu, katanya lebih kepada kekeliruan generasi muda dan juga ahli UMNO yang menganggap Pas pada waktu itu masih bersama Muafakat Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan sebelumnya.
"Kalau kita imbas PRU lalu, Pas, UMNO, Bersatu dalam kerajaan. Berada dalam Kerajaan Perskeutuan untuk 3 tahun kesannya besar kepada rakyat kerana anak muda yang berumur 16 tahun seperti ketika PN ambil alih Kerajaan Persekutuan, mereka inilah yang jadi pengundi pada 2022.
"Mereka masih belum mempunyai maklumat jelas apa yang berlaku dalam negara. Itu beri kelebihan. Dengan ada dana Jana Wibawa menjadikan modal besar dalam sejarah pilihanraya tanah air. Pas ketika itu sangat mewah. Saya bekas Ahli Parlimen Pas dan merasai peritnya masuk PRU, kita tak ada dana. Bila saya bertanding tiket BN 2022, pas punya dana sangat besar.
"UMNO pula walau dalam kerajaan tetapi pimpinan utama UMNO tidak di dalam kerajaan dan berlaku 2 kem ketika itu," katanya dalam forum maya terbitan Sumberkini, semalam.
Menurut Khairudin lagi, putusnya hubungan kerjasama UMNO dan Pas ketika itu juga pada waktu yang genting, iaitu dua hari selepas parlimen dibubarkan.
Pas kemudiannya menyerang UMNO sehingga peribadi pemimpin UMNO turut diserang, sedangkan UMNO tidak menyerang peribadi pemimpin Pas. Hal itu menimbulkan kekeliruan kepada ahli UMNO peringkat bawahan dan ada antaranya memilih PN.
Namun dalam keadaan itu pun, katanya jika dicampur undi di 6 parlimen yang dimenangi oleh PN, jumlah undi PH dan BN mengatasi sehingga 30% daripada undi yang diperolehi PN.
Hal itu, kata Khairuddin, boleh memastikan DUN DUN di bawah parlimen berkenaan juga akan dikuasai Kerajaan Perpaduan, manakala UMNO pula kali ini tidak lagi dalam keadaan 2 kem.
"Hari ini yang menerajui kerajaan adalah UMNO dan pimpinnan utama UMNO, bukan lagi 2 kem seperti mana dalam kerajaan PN yang lalu.
"UMNO (sama ada peringkat negeri) mahu dalam kerajaan. Maka dengan itu UMNO boleh memberi kemenangan besar kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.
Ditanya apakah modal Pas menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan dengan alasan tidak membela Melayu dan Islam akan berjaya kali ini, Khairuddin berkata hal itu tidak sama seperti PRU lalu kerana keadaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat pro kepada agenda Islamisasi.
"Dalam situasi semasa di mana 2 pakatan besar bergabung PN tak boleh menang. Sebabnya tempoh 7 bulan pertama Kerajaan Perpaduan dengan kerjasama BN dan PH, isu Islam bukan lagi boleh dijual dengan mudah.
"Kita lihat komitmen Kerajaan Perpaduan tentang Islam. Isu kalimah Allah yang cuba ditunggang untuk memperlihatkan Islam terancam tidak menjadi kerana dengan jelas kita beritahu kepada rakyat dan PM sebut berulang kali bahawa kalimah Allah tidak tergugat kerana kita pegang keputusan bahawa kalimah Allah adalah milik orang Islam secara khusus.
"Selain itu, kita lihat PM sendiri dengan program besar melibatkan alim ulama dan dibuat secara berterusan. Itu komitmen kerajaan kepada Islam. Saya tak nampak PN boleh guna isu Islam terancam kerana situasinya sangat berbeza.
댓글