top of page

Beras Putih Malaysia Madani penamat manipulasi isu beras tempatan



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Tindakan rakus serta haloba mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import untuk meraih keuntungan berganda bakal ternoktah dengan kemunculan Beras Putih Malaysia Madani.


Beras Putih Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan beras putih tempatan dan import akan mula dipasarkan mulai 1 Mac ini.


Hal ini adalah satu alternatif bagi menamatkan tindakan segelintir pengeluar-pengeluar beras yang dikenal pasti mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import demi meraih lebih keuntungan.


Pengeluar beras yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan kerana tiada kawalan harga yang ditetapkan bagi bekalan beras putih import, menyebabkan harga beras tersebut sentiasa tinggi selain kerana faktor lonjakan harga import akibat kenaikan harga beras global.


Tukar label beras


Selain daripada mencampurkan kedua-dua beras ini ada juga yang tergamak menukar label beras tempatan kepada beras import putih bagi mengelirukan pengguna.


Kesan daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan bekalan beras tempatan sukar didapati di pasaran sekaligus menyusahkan rakyat.


Tindakan Kerajaan Madani meneroka langkah baharu memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani adalah sangat tepat serta dapat membantu menangani isu berkenaan.


Terkini, penyelesaian yang dinanti telah tiba apabila Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Isu Menangani Harga Makanan Dan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abdul Husin Hapiz Syed Abdul Fasal yang telah mengumumkan penetapan harga siling bagi beras tersebut berkuatkuasa 19 Febuari ini.


Dalam sidang media, beliau berkata kerajaan memberi peluang kepada pemain industri untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan serta pasaran dalam tempoh 10 hari.


Menjawab kritikan rakyat


Jelas beliau, penetapan harga siling tunggal untuk Beras Putih Malaysia Madani itu akan melibatkan beras 10 kilogram RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram RM3.50 sen.


Kata beliau lagi, keputusan tersebut dilakukan bagi menyelesaikan isu beras tempatan yang tiada di pasaran serta sekaligus menjawab kritikan orang ramai kerana terpaksa membeli beras pada harga mahal.


Penyelesaian isu beras terbaharu ini adalah hasil libat urus bersama pemegang taruh industri padi dan beras negara, wakil Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dan wakil pengilang padi beras.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page