top of page

Bendera putih, kerajaan gagal: Wanita KEADILAN siap sedia membantu


Kempen menaikkan bendera putih dan peningkatan kes bunuh diri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal mutlak dalam pemerintahannya.


Menurut Ketua Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Wanita KEADILAN, Sivamalar Genapathy, rekod sebanyak 468 kes bunuh diri bagi tempoh lima bulan pertama dari Januari hingga Mei 2021, merupakan sesuatu yang tidak biasa berlaku di negara ini.


Katanya, data terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula mendedahkan 91.2 % daripada 100,000 panggilan yang diterima oleh talian bantuan sokongan dan psikososial berkisar kepada memohon sokongan emosi dan kaunseling.


Memburukkan lagi keadaan, ujar Sivamalar, kes keganasan rumahtangga juga dilaporkan meningkat 23% berbanding tahun lalu.


"PKP Diperketatkan tidak menampakkan hasil. Bloomberg dalam artikel terbarunya yang bertajuk “Malaysia Is Staggering Down the Road to Failed Statehood” mengisahkan bagaimana rakyat Malaysia menaikkan bendera putih demi sesuap makanan atau memerlukan pertolongan dalam bentuk kewangan untuk membayar sewa rumah.


"Cetusan idea bendera putih ini mendapat sambutan orang ramai termasuklah disokong oleh sebahagian ahli politik. Pada masa yang sama, inisiatif ini juga dipandang enteng segelintir wakil rakyat yang melihat ia satu simbol menyerah kalah


"Tidak kurang juga pengibar bendera putih yang diganggu oleh pihak penguatkuasa dan diugut untuk tidak diberikan bantuan oleh kerajaan, MP, ADUN atau agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya yang kesal dengan sikap tidak prihatin kerajaan di dalam isu membela kebajikan rakyat


Sedangkan kata Sivamalar, dalam masa sama, gerakan rakyat meneruskan momentum penghantaran bantuan tanpa mengharapkan dana kerajaan.


Menurutnya, inisiatif bendera putih telah diluaskan kepada aplikasi mudahalih yang dinamakan Sambal SOS. Aplikasi tersebut menolong golongan yang memerlukan dengan menyediakan lokasi ‘foodbank’ dan juga lokasi di mana bendera putih dikibarkan bagi memudahkan proses menjejaki rakyat kesusahan untuk menghantar bantuan


"Bendera putih sebenarnya bukan menandakan rakyat sudah mengalah, namun merupakan tekad untuk meneruskan kehidupan seharian.


"Walau ia jelas kepada indikasi nyata kerajaan telah gagal dalam menguruskan krisis menyebabkan ribuan nyawa maut, ratusan ribu kehilangan pekerjaan, pendapatan dan prospek masa depan mereka.


"Oleh itu, saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak malu untuk menaikkan bendera putih atau meminta bantuan. Kita sebagai rakyat Malaysia merupakan keluarga besar yang harus saling membantu dalam menghadapi kemelut yang masih belum berkesudahan ini.


"Saya juga ingin menegaskan pendirian KEADILAN menyokong penuh inisiatif bendera putih. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan supaya menghubungi MP, ADUN atau Penyelaras Pusat Khidmat bagi kawasan masing-masing untuk meminta bantuan yang diperlukan," katanya.


Selain itu, menurut Sivamalar lagi, Wanita KEADILAN akan cuba membantu rakyat yang masih belum mendapat bantuan.


Katanya, sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan bantuan dari pusat khidmat atau agensi kerajaan maka Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Wanita KEADILAN akan menghulurkan pertolongan dengan menghubungi talian 016- 2259550.


Meskipun Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan tidak mampu membantu semua yang memerlukan, biro akan pastikan rakyat mendapat bantuan daripada jaringan Pusat Khidmat dan badan-badan bukan kerajaan yang lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page