top of page

Bencana banjir di Yan: 'Akibat Kerajaan Negeri terlalu bergantung kepada balak?'

Updated: Aug 20, 2021


Bencana kepala air yang menyebabkan banjir di Daerah Yan dan mengorbankan 3 penduduk semalam didakwa boleh dielakkan sekiranya kerajaan Pas Kedah tidak terlalu bergantung kepada kegiatan pembalakan untuk menjana hasil negeri.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, kebergantungan kepada sektor pembalakan telah beberapa kali menyebabkan natijah buruk, terutama apabila hujan lebat dan berlakunya banjir serta tanah runtuh sehingga merosakkan harta benda dan mengancam nyawa rakyat.


"Kita rasa kecewa bagaimana ahli politik yang mentadbir negeri mengambil kesempatan, kononnya macam di Kedah ini saya ingat Menteri Besar pernah berkata kalau kerajaan pusat tidak beri pampasan dengan kehilangan pendapatan tidak membalak, kami akan potong balak.


Air terjun Gunung Jerai melimpah membanjiri kampung

"Tak boleh begitu, seolah-olah hidup kamu sebagai pemimpin bergantung kepada pembalakan. Apakah Singapura potong balak, di Taiwan potong balak? Jadi kena fikir panjang. Balak ini harta rakyat, bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk tahun-tahun akan datang.


"Mahu menghidupkan sebatang balak ambil puluhan tahun, nak tebang mungkin setengah jam saja. Akibat mudaratnya luar biasa. Bagi saya sesiapa juga tidak kira kerajaan mana pun, pemimpin yang bertanggungjawab harus melihat balak ini sebagai aset.


"Bukan balak sebagai pendapatan. Tetapi aset yang harus disimpan untuk masa hadapan anak-anak kita, untuk ekologi dan keselamatan kita," katanya.


Dakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi, kejadian banjir atau tanah runtuh akibat pembakalan bukanlah yang pertama terjadi, tetapi telah berlaku banyak kali cuma pemimpin politik negeri tidak mengambil iktibar dan menanganinya secara berkesan.


"Setiap kali kita ada masalah kita akan bercakap benda yang sama.


"Tetapi tindakan tak ada. Sama ada Kerajaan Negeri atau Persekutuan amat tidak cekap dan amat memualkan.


"Yang sensara rakyat. Wakil rakyat pergi tunjuk simpati sejam, dua. Menteri datang. Itu sahajalah. Tetapi kemusnahan itu berlaku di tangan pemimpin, bukan rakyat.


"Tak mungkin rakyat potong balak tanpa pengetahuan pihak berkuasa, sama ada Menteri atau Exco atau pegawai," katanya.


Untuk rekod, tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air, petang semalam.


Antara lokasi banjir selepas kejadian kepala air itu ialah di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page