top of page

Benarkan penyelenggaraan kolam renang waktu PKP elak penyakit bawaan nyamuk


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa membenarkan kerja-kerja penyelenggaraan kolam renang, terutama oleh pihak pengurusan kediaman strata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul.


Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Infrastruktur, Chang Lih Kang, kebenaran penyelenggaraan perlu bagi mengelakkan kolam renang ditumbuhi alga atau lebih buruk menjadi tempat pembiakan nyamuk.


"Menurut maklumat yang dibekalkan oleh pihak pengurusan kediaman strata dan kontraktor, permohonan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kolam renang sepanjang tempoh PKP 3.0 ini tidak dibenarkan. Alasan yang diberi adalah mereka tidak dikategorikan sebagai sektor kritikal, sedangkan sektor ini dibenarkan beroperasi semasa PKP 1.0 dan PKP 2.0.


"Kolam renang komersial memerlukan lebih kurang 3 kali penyelenggaraan dalam tempoh seminggu. Sekiranya kerja penyelenggaraan tidak dilakukan lebih daripada seminggu, alga akan mula tumbuh dan air tercemar. Tanpa penyelenggaraan, kolam renang juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk lalu menimbulkan isu kesihatan yang lain.


"Selain itu, kalau penyelenggaraan berkala tidak dijalankan, kerosakan alatan akan memberi implikasi kewangan yang berat kepada pemilik atau pihak pengurusan. Contohnya, strainers akan dipenuhi daun dan menyebabkan pam peredaran nyahfungsi. Penggantian pam peredaran di sekitar RM2,000 hingga RM12,000. Air kolam juga perlu dilepaskan dan diisikan semula, kos terlibat kira-kira RM6,000 hingga RM8,000," kata Naib Presiden KEADILAN itu dalam satu kenyataan.


Bagi Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim, pihak KPKT perlu berfikiran berlandaskan sains dalam menilai perkara berkenaan dengan rasional kerana kerja-kerja pembersihan kolam renang tidak melibatkan banyak pekerja dan boleh dilakukan tanpa menyebabkan kontak sesama pekerja sebagaimana dalam sektor industri.


"Penyelenggaraan kolam renang hanya melibatkan beberapa orang pekerja, tanpa penglibatan pengguna kolam renang atau orang awam. Justeru, kerja-kerja penyelenggaraan kolam sepatutnya dibenarkan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.


"Tambahan pula, KPKT telah membenarkan sektor Kredit Komuniti dan Pemberi Pinjam Wang yang melibatkan orang ramai untuk beroperasi sebagai perkhidmatan perlu di bawah Kluster Kerajaan Tempatan. Maka, tiada alasan kenapa kerja-kerja penyelenggaraan kolam renang tidak dibenarkan beroperasi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page