top of page

Belum ada perbincangan jadi tuan rumah Sukan Asia 2038 - Adam Adli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 27, 2024
  • 1 min read


Belum ada sebarang perbincangan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung cadangan untuk Malaysia menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Asia 2038.


Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata memandangkan penganjuran temasya itu masih jauh, ia mungkin perlu dikaji semula terlebih dahulu memandangkan Wawasan Sukan Negara hanya sehingga 2030.


"Dalam perancangan, kita bukan sahaja memerlukan niat malah perlu mengambil kira kos dan impak ekonomi kepada negara sebagai tuan rumah, selain melihat kepada tahap pembangunan atlet. Kita tidak boleh begitu sahaja mengatakan mahu menjadi tuan rumah.


"Kita lebih fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pembangunan atlet khususnya di peringkat akar umbi selain berhati-hati memandangkan kementerian masih mempunyai peruntukan terhad.


"Kita bergantung kepada pembiayaan daripada kerajaan berbanding pelaburan yang dibuat oleh sektor lain," katanya dipetik di Dewan Negara pada Selasa.


Pada sesi menggulung perbahasan titah ucapan diraja bagi kementerian itu, Adam Adli turut memaklumkan KBS mewujudkan Program Khas Fast Track Road To Gold dengan peruntukan sebanyak RM1.15 juta bagi persediaan dan persiapan atlet untuk sukan akuatik-terjun dan skuasy ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.


"Atlet dalam program ini akan dibekalkan kemudahan yang mencukupi dari segi keperluan, kebajikan dan pendedahan pada pertandingan tempatan dan antarabangsa," katanya.


댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page