top of page

Belum ada keretakan walaupun kecil dalam Kerajaan Perpaduan - Anwar

Updated: Apr 22



Pihak yang tidak berpuas hati dengan keutuhan Kerajaan Perpaduan seharusnya sedar usaha mereka selama setahun setengah untuk menguburkan gabungan itu tidak mendatangkan hasil.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kelihatan keretakan Kerajaan Perpaduan apatah lagi 'bergoyang' sebagaimana dibayangkan oleh pembangkang.


"Setakat ini belum ada tanda tanda keretakan kecil sekali pun di antara PH, BN dan Sabah, Sarawak


"Yang ada hanya gerombolan desperados yang cuba adu domba.

"Bagi saya, setakat ini kerajaan masih mantap dan kukuh," katanya.


Tegas Anwar, ungkapan pembangkang kononnya rakyat derita sepanjang pemerintahan Kerajaan Perpaduan hanyalah fitnah semata mata.


Sebaliknya, kata beliau, yang derita adalah bekas penguasa berpangkat Tun, Tan Sri atau Datuk Seri yang menyakau wang rakyat dan kini berhadapan tindakan undang undang dari kerajaan.


Pihak pimpinan Kerajaan Perpaduan sebaliknya, katanya, amat faham dan setuju kepada prinsip tatakelola baik dan sesiapa sahaja akan berhadapan tindakan mahkamah andainya melakukan salah laku dalam pemerintahan.


"Saya nak tanya semasa PN memerintah adakah ini dipertahankan? Berapa puluh kes yang dibawa, sama ada disiasat atau didakwa di Kerajaan Persekutuan dan negeri," katanya.


Anwar juga mencabar parti pembangkang yang memperjuangkan Islam agar bersuara terhadap pendakwaan dan mempertahankan prinsip kebebasan undang undang.


Sebaliknya, kata beliau, kelompok reformis yang berani bersuara sejak mereka pembangkang atau setelah menjadi kerajaan.


Dalam pada itu, Presiden KEADILAN itu juga meminta anggota biasa agar menjadi jentera penerangan untuk menerangkan kepada rakyat kejayaan agenda reformasi.


"Jangan kita harapkan satu dua jentera terangkan, ini kerja kita. Kita lihat rekod kerja sedaya upaya kita. Kita tidak ambil tindakan sambil lewa. Satu pasukan kita kerja. Kita nilai, kita terima teguran, jangan anggap kita sudah sempurna, perbaiki lagi.


"Dalam setahun rekodnya ada (dan boleh diterangkan)," kata Anwar lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page