top of page

Belum ada hasrat laksana GST, tambah hasil melalui subsidi bersasar



Kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menambah hasil negara bertujuan membayar hutang yang tinggi.


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) berkata, buat masa ini belum ada perbincangan di peringkat kabinet untuk melaksanakan semula GST tahun ini atau pada masa hadapan.


"GST atau cukai kepenggunaan, kedua duanya kita tidak laksana pada tahun ini.


"Keputusan ini (tidak melaksanakan GST) tidak muktamad. Jika pun kita melaksanakan (GST) tidak disebut bila. Oleh kerana itu tidak boleh dinyatakan muktamad (atas) cukai kepenggunaan atau value added tax ini," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Fong Kui Lun (PH - Bukit Bintang) dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah pagi.


Menurut Ahmad lagi, cara kerajaan menangani pembayaran hutang buat masa ini adalah dengan mengurangkan subsidi pukal kepada rakyat dengan mengamalkan polisi bersasar, yang akan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.


"Kita akan terus memastikan ketirisan dikurangkan. Kita akan melaksanakan susbidi secara bersasar. Sedang kita laksanakan bulan Jan hingga Jun untuk subsidi elektrik dan kita dapat penjimatan RM4.1 bilion. Selepas ini kita laksanakan subsidi bersasar diesel, sistemnya sedang dalam proses. Mungkin bulan Jun atau Ogos sistemnya siap


"Juga subsidi bersasar dari segi minyak masak dan lain lain. Oleh itu kaedah lain juga perlu dicari bagi menambah pendapatan rakyat dan mengurangkan hutang (negara)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page