top of page

Belia perlu berani pertahan hak, tolak rasuah, penyelewengan - Anwar


Golongan belia di Malaysia perlu lebih berani mempertahankan hak, menolak rasuah dan kebobrokan di sekeliling mereka.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian pada ulang tahun penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang ke 73, semalam.


Menurutnya, belia mula keluar daripada set minda pengekor dan pekakas politik ketika beliau memimpin gerakan belia pada era 1970an lalu. Oleh itu, belia hari ini perlu meneruskan usaha meningkatkan peranan mereka di tengah tengah masyarakat.


"Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan pimpinan MBM kerana terus menyemarakkan semangat yang sama, memastikan belia itu bangkit sebagai benteng untuk mempertahankan amanah, menegakkan kebenaran dan keadilan.


"Walaupun sekarang kita menghadapi wabak Covid 19 dan ada kekangan kegiatan, tetapi biarlah semangat lama itu tetap berkobar supaya sesuai dengan suara belia.


"Ada orang anggap belia itu dikaitkan dengan umur semata-mata, tidak. Tetapi dengan idealisme, berani, sikap pertahankan hak, menolak rasuah dan penyelewengan," katanya.


Mengimbau sejarah sejarah 4 dekad silam, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata, belia pernah dijadikan pekakas politik yang beliau ungkapkan sebagai belia 'kompang dan pintu gerbang.


Pada waktu itu, katanya, bila ada lawatan pembesar dan menteri, kerja belia ialah berada di pintu gerbang untuk main kompang.


"Tak ada salah kompang dan pintu gerbang itu tetapi tidak ada ruang untuk mengemukakan pandangan.


"Maka kita tuntut diadakan satu dialog terbuka dengan pimpinan secara berkala dan dipersetujui oleh Tun Razak yang ketika itu PM dan menubuhkan Majlis Perundingan Belia Negara


"Tetapi tetap kita mengemukakan pandangan, teguran dan menuntut kerajaan memberikan ruang yang cukup kepada belia bukan sekadar beri pandangan tetapi mencakupi bidang perniagaan, pertanian, menolak kebobrokan yang berlaku dalam masyarakat; rasuah, penindasan, penyelewengan, rampasan tanah yang menjadi isu (ketika itu) dan memuncak dengan peristiwa Baling 1974," katanya lagi.


Anwar mengingatkan persatuan belia hari ini agar tidak tergelincir daripada idealisme yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu bagi menjadikan negara kekal berada di landasan terbaik, untuk generasi akan datang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page