top of page

Belia ambil manfaat dari kemajuan industri semikonduktor - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 24
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda terutama yang berada dalam kejuruteraan, teknologi maklumat dan TVET memanfaatkan sepenuhnya perkembangan pesat industri semikonduktor di Malaysia.


Jelasnya, Malaysia kini telah muncul sebagai hab penting semikonduktor di rantau ini apabila berjaya menarik pelaburan dari syarikat global dan peluang itu tidak wajar disia-siakan untuk memperkasa keupayaan negara.


"Malaysia sekarang menjadi hab semikonduktor di rantau ini... syarikat-syarikat besar seperti Infineon di Kedah, nVidia di Johor dan semalam MaiStorage di Cyberjaya memilih beroperasi di sini.


"... jadi anak-anak muda mesti ambil peluang sebaik mungkin untuk manfaatkan perkembangan ini dan jadikan Malaysia negara hebat di rantau kita," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu ketika merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Toppen Shopping Centre di Johor Bahru pada Jumaat.


Program itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, selaku menteri peneraju program, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.


PMR 2025 Johor bertemakan Belia MADANI, Yakin Boleh! menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti reruai pameran, sesi interaktif bersama agensi kerajaan, pameran TVET, karnival kerjaya serta jualan MADANI.


Johor adalah lokasi kedua siri jelajah PMR 2025 selepas Sabah (9 hingga 11 Mei) sebelum diteruskan ke tempat lain termasuk Lumut (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Lama (Kelantan), Nilai (Negeri Sembilan), Baling (Kedah), Jasin (Melaka) dan Bintulu (Sarawak).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page