top of page

Belanjawan Selangor tumpu kebajikan rakyat - Altimet



Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menyambut baik Belanjawan Selangor 2024 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat lalu.


Melalui satu kenyataan, Syed Ahmad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata, belanjawan dikemukakan dengan nilai RM2.53 bilion itu satu belanjawan seimbang dan memberi penumpuan kepada soal kebajikan rakyat.


Malah tambahnya, pelbagai inisiatif ditawarkan kerajaan negeri melalui belanjawan itu pastinya dapat memberi kelegaan dan manfaatnya dapat dinikmati rakyat Selangor.


"Sebagai wakil Lembah Jaya, tentunya kita berkeyakinan Selangor akan maju ke depan terutama dengan pengumuman baki hutang negeri sebanyak RM19.20 juta terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS) akan berjaya diselesaikan.


"Ia dijangka diselesaikan sepenuhnya tahun hadapan berlandaskan kebebasan kewangan cemerlang Selangor menunjukkan kemampuan pentadbiran padu berdasarkan tatakelola cemerlang Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Altimet turut berkata belanjawan dibentangkan juga memberi penekanan kepada kepentingan peranan wanita di Selangor dan institusi kekeluargaan yang menjadi tunjang bagi negeri bertuah ini.


"Saya juga memuji pendekatan dan strategi perbelanjaan yang berkesan dan berhemah sehingga prestasi kewangan kerajaan negeri merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta.


"Hasilnya, Selangor mampu menggunakan RM1.113.27 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala sebanyak 72.05 peratus atau RM864.56 juta untuk perbelanjaan pembangunan," katanya lagi.


Antara insentif disediakan kerajaan negeri Selangor kepada kaum wanita di negeri itu antaranya peruntukkan RM4 juta untuk aktiviti dan program wanita.


Bagi usahawan wanita, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.3 juta melalui program Liga Usahawan Wanita untuk mula niaga, urus kewangan, pemasaran dan penempatan produk


Kerajaan negeri sementara itu turut meneruskan insentif Biasiswa Wanita Berdaya Selangor untuk menyambung pelajaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page