top of page

Belanjawan Selangor 2026 akan berpaksikan kesejahteraan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 17
  • 1 min read
DS Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Belanjawan Selangor 2026
DS Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Belanjawan Selangor 2026

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan Belanjawan 2026 disusun berpaksikan kesejahteraan rakyat dengan meneliti cabaran semasa serta keperluan masa depan negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, belanjawan yang dijadualkan dibentang pertengahan November ini bukan sekadar menumpukan kepada isu kos sara hidup, tetapi turut memberi perhatian terhadap pembangunan digital, ekonomi hijau dan agenda inklusif bagi memastikan Selangor kekal maju serta mampan.


"Perbincangan hari ini meneliti denyut nadi rakyat — daripada cabaran kos sara hidup hingga perubahan landskap ekonomi dan teknologi yang pesat.


"Setiap angka, setiap keputusan yang dibuat berpaksikan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.


Hantaran itu dibuat selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Belanjawan Selangor 2026 bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).


Amirudin menerusi hantaran sama turut memberi bayangan bahawa akan ada khabar gembira menanti rakyat Selangor dalam pembentangan belanjawan kali ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page