Belanjawan RM2 bilion, peluang pekerjaan hampir tiada di Terengganu - Azan



Hampir empat tahun Terengganu di bawah pemerintahan Pas sejak Pilihan Raya Umum 2018 lalu, namun tidak banyak kemajuan yang dapat dilihat.


Malah penglibatan pemimpin Pas dalam Kerajaan Persekutuan juga tidak membawa apa apa pertambahan peluang pekerjaan. Malah pemimpin Kerajaan Negeri seolah olah teruja pula melakukan 'upacara pelepasan' anak anak muda yang akan berkerja di Selangor pada minggu lalu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, dengan belanjawan negeri lebih RM2 bilion setahun sepatutnya Pas berjaya mencipta peluang kerja bukannya semakin banyak rakyat terpaksa mencari pekerjaan di negeri lain.


"Memang kerajaan Pas dalam hal ini tidak mampu untuk memikir menambah peluang kerja. Bukan sahaja (Terengganu) terima royalti minyak RM1 bilion, sejak 3 tahun kebelakangan ini kerajaan Pas membelanjakan belanjawan negeri setahun melebihi RM2 bilion.


"Jadi perbelanjaan ini dibelanjakan untuk apa? Terlalu banyak, tetapi tidak menghasilkan apa apa peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Seolah olah Pas nak menghalau rakyat Terengganu (berhijrah)," katanya.


Azan menambah, dengan tanah yang luas Kerajaan Negeri sepatutnya membawa teknologi moden dalam industri pertanian dan menggalakkan anak anak muda bertani bagi mengurangkan import negara.


Namun katanya, pemimpin Pas tidak berfikir ke arah itu dan tidak mengarahkan anak anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mencipta pekerjaan. Sebaliknya lebih senang melihat mereka berhijrah keluar.

Flag off anak muda Terengganu ke Selangor

"Akhirnya perbelanjaan (belanjawan) ini dibelanjakan untuk apa? Terlalu banyak tetapi tidak menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Seolah oleh mahu menggalakkan rakyat keluar


"Ini satu kegilaan baharu pimpinan Pas. Islam mengajar berusaha mempertingkatkan keadaan atau suasana di tempat sendiri.


"Penghijarahan ini hanya perlu untuk tujuan membantu di tempat lain, membangunkan tempat yang mundur. Tetapi sekarang Selangor negeri maju. Mundur apa di sana (sehingga anak muda Terengganu ke sana).


"Tanggungjawab 'khalifah' (Pas) di Terengganu buat apa? Tidak fikirkan anak muda, penduduk Terengganu dan dengan mudahnya nak melepaskan diri, dialu alukan berhijrah. Ini satu kesilapan besar," katanya lagi.


Minggu lalu, pemimpin Pas Terengganu melakukan upacara flag off rombongan beberapa bas anak muda Terengganu yang akan bekerja di Selangor. Tindakan pempin Pas itu disindir oleh netizen sebagai sebahagian daripada janji manifesto mahu mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan buat rakyat Terengganu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER