top of page

Belanjawan Madani: Peruntukan negeri Melayu ditambah berbanding era PN

Updated: Mar 10, 2023




Pembangkang Perikatan Nasional (PN) sibuk membaca ayat al Quran mempertikai Kerajaan Perpaduan zalim kerana mengurangkan peruntukan di negeri Melayu pembangkang seperti Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, hujah berlandaskan ayat al Quran itu tidak dapat menutup kekurangan Ahli Parlimen pembangkang malas membaca dokumen Belanjawan 2023 yang dibentangkan beliau dua minggu lalu.


Hal itu, kata Anwar, pembangkang sepatutnya menemui fakta peruntukan tahun 2023 lebih tinggi daripada belanjawan ketika Pas berada dalam kerajaan PN atau Keluarga Malaysia sepanjang 3 tahun lalu.


"Bayangkan apa yang berlaku 3 tahun mereka memerintah dalam kerajaan. 3 tahun belanjawan banding dengan belanjawan yang saya bentangkan, jauh lebih baik tahun ini daripada tahun sebelumnya. Termasuk ke (peruntukan) Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.


"Tahun 2023 ditambah dari segi pemberian bantuan negeri, tambah RM100 juta. Kelantan tambah jadi RM351 juta, Terengganu RM411 juta, Perlis RM154 juta.


"Saya beri perhatian Perlis kerana Perlis tidak mampu urus kewangan negeri untuk bayar gaji jika kita tidak bantu dari pusat," katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.


Anwar menempelak wakil rakyat pembangkang kerana dalam perbahasan acap kali membandingkan angka peruntukan yang diterima negeri Melayu dan Malaysia Timur.


Katanya, Sabah dan Sarawak dalam kategori lain kerana terikat dengan Perjanjian Malaysia 1963.


"Dibanding dengan Sabah dan Sarawak. Tidak adil dibanding. Sabah dan Sarawak masuk Malaysia kemudian. Kawasan desa jauh ketinggalan, jauh lebih teruk kawasan miskinnya. Ini bukan pertimbangan politik, saya konsisten dalam hal ini.


"Kalau kita belanja sini RM10 juta kita kena tambah di Sabah Sarawak RM100 juta. Kawasan pedalaman.


"Sebab itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan pemberian khas. Sebab itu saya tambah pemberian khas untuk angkat Sabah dan Sarawak.


"Dulu kita beri RM16 - RM19 juta setahun. Tahun ini kita tambah RM300 juta. Apakah mencukupi, rakan rakan dari sana kata tidak cukup, saya setuju tetapi inilah upaya kita untuk menunjukkan benar benar Madani untuk menegakkan keadilan," katanya.


Beliau juga membandingkan peruntukan pembangunan di negeri Melayu pada 2023 berbanding 3 tahun lalu yang jelas jauh lebih baik.


"Pembangunan, berapa kita beri tahun ini, Kedah RM1.5 bilion, Kelantan RM2.5 bilion, bacalah buku belanjawan. Jangan guna temberang. Perlis dari RM250 juta sebelumnya saya tambah RM570 juta.


"Saya nak berutahu, 3 tahun lalu apa jadi? Mengapa tidak ditambah. Di mana peruntukan bagi Kelantan? Saya tambah RM2.5 bilion dari RM1.8 bilion. Tidak mengapa, tak perlu terima kasih, tetapi jangan hina dan cerca saya," katanya.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page