top of page

Belanjawan Johor 2021: Terkilan peruntukan kepada wanita berkurangan



Wanita KEADILAN Johor terkilan terhadap Belanjawan Johor 2021 yang baharu diluluskan secara sebulat suara oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) tidak memberdayakan golongan berkenaan.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis Maharan, belanjawan tersebut jelas tidak memberi peruntukan sekucupnya kepada hal ehawal wanita sebagaimana diperuntukkan oleh kerajaan PH dalam belanjawan 2019 lalu.


"Berdasarkan pengumuman Belanjawan Johor 2021 di dalam agenda kesebelas, peruntukan untuk wanita cuma RM1 juta atau sekitar 0.01% daripada keseluruhan Belanjawan Johor 2021 yang berjumlah RM1.8 bilion.


"Peruntukan ini diletakkan di bawah program Centre of Suri Johor yang bermatlamat melahirkan usahawan-usahawan wanita. Manakala tiga lagi program sokongan fokus wanita yang lain seperti Women Income Generating Skill Project (WINGS), Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP) dan Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB) tidak dinyatakan jumlah peruntukan.


"Wanita KEADILAN Johor bimbang peruntukan yang sedikit dan tidak jelas ini tidak akan dapat mencapai matlamat untuk memperkasa agenda wanita.


"Jika dibandingkan dengan Belanjawan Selangor 2021, kerajaan Negeri Selangor lebih ‘mesra wanita’ dan mengambil langkah jauh ke hadapan dengan memperuntukan sejumlah RM138.16 juta juga menggariskan lebih daripada 10 program strategik khusus untuk memperkasa agenda wanita," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Napsiah lagi, Wanita Keadilan Johor juga terkilan apabila Skim Bantuan Guaman Wanita Negeri Johor yang dilaksanakan Kerajaan PH tidak diteruskan kerajaan PN.


Skim yang baik itu katanya, bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik untuk mendapat pembelaan di mahkamah bagi kes-kes perundangan berkaitan rumah tangga dan perkhidmatan kaunseling.


"Begitu dengan program Mama Friendly bertujuan menyediakan bilik penyusuan bagi ibu-ibu bekerja dan para pelanggan yang berurusan di pusat pentadbiran kerajaan juga tidak diteruskan kerajaan PN.


"Kerajaan perlu sedar bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara termasuk di negeri Johor. Sumbangan dan pengorbanan mereka ini sangat berharga," katanya lagi.


Oleh yang demikian, Wanita KEADILAN Johor berharap Kerajaan Negeri dapat meneruskan program-program baik yang dilaksanakan kerajaan PH dan dalam masa yang sama mempertimbangkan menambah peruntukan serta menambah baik program-program yang lebih strategik berkaitan wanita pada masa hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page