top of page

Belanjawan 2026 ambil kira kekuatan ekonomi setiap negeri - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

PM Anwar dalam sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan
PM Anwar dalam sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan

Belanjawan Negara 2026 akan memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan itu akan disediakan mengikut keutamaan ekonomi setiap negeri dan tidak hanya ditentukan di peringkat kementerian.

 

"Setiap negeri ada kekuatan tersendiri. Seperti di Melaka, tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan dan pembuatan, kerana prestasi negeri ini sangat memberangsangkan.


pendekatan itu penting, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup," katanya dipetik.


Terdahulu, Anwar hadir ke sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Banda Hilir, Melaka pada Sabtu.


Sesi tersebut disertai kira-kira 150 pemain industri pelancongan dan pembuatan selain agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.


Ia turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz.


Belanjawan 2026 akan dibentangkan pada 10 Oktober depan, dijangka terus memperlihatkan iltizam Kerajaan MADANI merencana pendekatan terbaik demi membantu rakyat termasuk memperkukuh ekonomi serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.


Sementara itu Perdana Menteri berkata, keresahan rakyat akibat kos sara hidup akan diambil kira, kerana terdapat jurang antara golongan elit dan bawahan.


"Pengukuhan ekonomi itu tidak boleh diiktiraf dengan teori ekonomi tradisional, tetapi perlu dikaitkan dengan keperluan dan kebijaksanaan, bagi memastikan masyarakat kita dapat berkembang dan jalan yang diambil adalah munasabah, ringan dan tidak membebankan rakyat," kata beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page