top of page

Belanjawan 2022: Peruntukan kesihatan patut RM40 bilion tangani Covid 19



Peruntukan untuk sektor kesihatan awam dalam Belanjawan 2022 sekitar RM30 bilion dianggap masih rendah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.


Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor) berkata, penganalisis sektor kesihatan awam membayangkan peruntukan seharusnya disediakan sekitar RM40 bilion untuk menyediakan penjagaan maksimum ke atas kesihatan rakyat Malaysia.


"Saya sebutkan sejujurnya RM30.41 bilion bukan besar kerana kita masih lagi terbelenggu dengan pandemik dan melemahkan sistem dan penyampaian sektor kesihatan kita.


"Beberapa pihak think tank kesihatan menganggap jumlah itu terlalu kecil. Unjuran yang seharusnya paling tidak 4% KDNK yang kurang lebih angkanya RM40 bilion.


"Namun yang paling menyedihkan peruntukan pembangunan. Di situlah kita boleh reform sektor kesihatan ini. Tetapi ia mencatatkan penurunan pembangunan itu hampir 7% berbanding tahun lalu.


"Kita perlu buat pelaburan dalam kesihatan. Kita tidak nafikan ada tambahan 4 bilion (peruntukan) hasil libat urus dengan Pakatan Harapan. RM2 bilion untuk vaksin dan RM2 bilion untuk peralatan," katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pagi tadi.


Tambah mantan Menteri Kesihatan tersebut, sektor kesihatan Malaysia seharusnya belajar daripada pandemik Covid 19 yang memperlihatkan kekurangan dan kelemahan dari segi asas hospital serta penyampaian.


Begitu juga, katanya, perlu ada reformasi dalam sektor kesihatan kerana pesakit yang mati akibat Covid 19 biasanya mempunyai rekod menghidapi penyakit kronik.


"Saya sebutkan apa yang lebih penting sejauh manakah arah dan orientasi yang kita belajar dari pandemik ini? Di sana wujud kelemahan bukan sahaja dari sudut fasiliti dan infra.


"Bagaimana sektor kesihatan awam perlu diperkasa dan diberdayakan. Setelah kita lakukan 13 kajian sejak 1980an, terkini kajian dibuat oleh penasihat kesihatan bersama Mackenzie (agensi pengurusan dan strategi) tetapi tidak ada reform, dan kita guna sistem penyampaian yang sudah ketinggalan. Kita hadapi cabaran penyakit tidak berjangkit serta penyakit berjangkit.


"Kita perlu perkasakan sektor kesihatan awam. Paling tidak seperti di Thailand yang ada Kementerian Kesihatan Awam. Kita perlu membahagikan kesihatan ini, seorang Ketua Pengarah yang menjaga aspek asas hospital dan penyampaian. Ini penting kerana keupayaan mereka bertindak terhad dan keteraturan ini perlu digarap semula," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page