top of page

Belanjawan 2021 'cincai', hanya untungkan pihak tertentu - AMK Sabah



Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap 'cincai' dan hanya menguntungkan pihak tertentu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin.


Beliau menganggap Belanjawan 2021 tidak benar-benar membantu meringankan beban rakyat dan wajar ditolak oleh pihak pembangkang.


“Kita perlukan satu belanjawan yang efisyen bagi membantu rakyat serta memulihkan ekonomi.


“Jika blok pembangkang mampu memberikan belanjawan yang lebih baik kenapa kita perlu menyokong belanjawan kerajaan yang dilihat lebih menguntungkan pihak tertentu, bukan rakyat secara keseluruhannya.


“Ini bukan masa untuk bermain politik tapi masa untuk kita berikan yang terbaik kepada rakyat dan negara untuk jangka masa panjang, bukan hanya kelebihan untuk suku pertama 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Razeef juga mempersoalkan mengapa lebih RM81 juta diperuntukkan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang hanya mempunyai 52 orang kakitangan.


"Jumlah itu tidak setimpal jika dibandingkan dengan peruntukan elaun khas secara one-off untuk petugas barisan hadapan sebanyak RM500 kepada 100,000 petugas kesihatan.


"Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga melumpuhkan ekonomi rakyat, negara memerlukan belanjawan jangka panjang dan bukannya pemberian one-off kepada rakyat.


"Maka sekali lagi saya menyeru ahli-ahli parlimen menolak belanjawan cincai yang dibentangkan kerajaan PN," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page