top of page

'Belajar daripada pengalaman Ahli Lembaga Penasihat DBKL terdahulu' - Andre Lai



Tugas sebagai Ahli Lembaga Penasihat (ALP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukanlah mudah. Banyak perkara yang perlu diperhati, diteliti dan dilakukan penambahbaikkan.


Hal itu kata ALP DBKL, Andre Lai Chen Heng, memerlukan beliau banyak belajar serta menimba pengalaman daripada ALP yang lepas.


Baru baru ini, beliau mengadakan pertemuan dengan bekas ALP selama 16 tahun Tan Sri Lee Lam Thye (gambar, kiri sekali) dan bekas Pengarah Eksekutif DBKL yang kini menjadi penasihat kepada Datuk Bandar Bandar Kuala Lumpur, Datuk Tan Keng Chok.


Katanya, pengalaman kedua dua tokoh itu mampu memberi inspirasi kepadanya yang baharu melepasi tahun pertama sebagai ALP DBKL.


"Kedua-dua figura ini mempunyai jasa yang banyak terhadap perkembangan Bandaraya Kuala Lumpur moden.


"Banyak kami berbincang. Fokus perbincangan menuju kepada Tan Sri Lee dalam liku-liku pengalaman beliau lebih daripada 50 tahun.


"Tan Sri Lee tidak banyak mengungkit masa silam beliau dalam politik, tetapi semenjak 1991 beliau telah banyak menyumbang jasa melalui kerja kebajikan dan mengambil peranan dalam kerajaan.


"Beliau merupakan perintis NIOSH dan banyak tahun berkhidmat dalam MCPF, di mana saya kini turut menjadi sebahagian daripadanya," kata Andre Lai.


Dalam pertemuan itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju tersebut berkata, Lam Thye mengingatkannya akan tugas sebagai ALP yang membolehkan beliau melangkaui setiap kawasan untuk menolong Datuk Bandar dalam memajukan Kuala Lumpur sebagai ibunegara Malaysia.


"Meskipun Wangsa Maju merupakan pangkalan asas saya, lantikan ALP membolehkan saya memberi nasihat dan turun padang berkhidmat kepada warga Kuala Lumpur di setiap kawasan.


"Saya berpendapat sama dengan beliau, kerana saya percaya ALP adalah mata dan telinga kepada DBKL.


"Nampak ada perubahan ketara dalam DBKL sendiri, selaras dengan reformasi institusi yang menjadi asas kepada aspirasi Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Tan Sri Lee juga memberi nasihat agar kami (ALP) menjadi pengimbang dalam belanjawan pembangunan dan pengurusan DBKL. Bukan bertujuan untuk mengesan ketirisan tetapi untuk menambahbaik tahap kewangan DBKL," katanya.


Bagi Andre Lai sepanjang pemerhatiannya, pendekatan Lam Thye yang sentiasa bertenang menjadikan beliau seorang budiman dan rendah diri. Seorang pemimpin, pentadbir dan rakyat Malaysia yang baik.


Tegasnya, biarpun ketiga tiga mereka merupakan ALP Bandaraya Kuala Lumpur yang berlainan zaman namun objektif mereka sewaktu berkhidmat tetap sama, iaitu mengetengahkan kepentingan warga Kuala Lumpur.

0 comments

تعليقات


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page