top of page

Bela Pertiwi: Gabungan NGO anjur serahan memorandum balas 'Turun Anwar'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 24, 2025
  • 1 min read

Bela Pertiwi akan menganjurkan himpunan balas pada 26 Julai bagi mengekalkan PM Anwar
Bela Pertiwi akan menganjurkan himpunan balas pada 26 Julai bagi mengekalkan PM Anwar

Sekretariat Bela Pertiwi, kumpulan NGO pro Reformasi dan pertubuhan sosial akan memberi reaksi balas kepada perhimpunan Turun Anwar yang dirancang pembangkang Perikatan Nasional pada hujung minggu ini.


Menurut Jurucakap Bela Pertiwi, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, sekretariat telah pun memutuskan untuk menganjur perhimpunan balas pada 26 Julai, Sabtu, 2 petang di lokasi lokasi yang akan ditetapkan di seluruh negara bagi menjawab fitnah yang dilemparkan untuk mengheret ribuan rakyat turun ke jalan raya.


"Kami dari Sekretariat Bela Pertiwi telah mengadakan pertemuan dan mengambil satu keputusan untuk mengadakan pada 26 Julai 2025, jam 2 petang, lokasi di seluruh tempat yang akan diumumkan, di setiap negeri bagi merespons tindakan dari pembangkang yang mengadakan perhimpunan pada 26 Julai di Kuala Lumpur.

Mustapa Mansor Amer Mohd Isa
Mustapa Mansor Amer Mohd Isa

"Mereka 'Turun Anwar' kami pula akan menjawab segala bentuk fitnah yang telah disebarkan di media sosial sehingga hari ini," katanya dalam siaran media.


Menurut Mustapa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), himpunan yang akan diadakan itu juga bakal memberi penerangan mengapa PM Anwar perlu dipertahankan dan kekal berkuasa sehingga habis penggal 2022 - 2027.


"Kami akan memberi jawapan mengapa Anwar mesti dikekalkan hingga tamat tempoh 2022 - 2027," katanya.


Selain itu sekretariat juga, kata beliau, akan menghantar memorandum kepada kepimpinan PN di seluruh negara pada 26 Julai menolak aksi himpunan jalanan menjatuhkan PM, dan perlunya negara kekal aman sehingga PM tamat penggal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page