top of page

Beku akaun Aman Palestin: SPRM sedia dedah di mahkamah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 28, 2023
  • 2 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mendedahkan kepada mahkamah mengenai justifikasi tindakan mereka membekukan aset-aset milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).


Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata tindakan pembekuan aset itu adalah bagi membantu siasatan berdasarkan Seksyen 44 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).


Jelas beliau seksyen dalam akta tersebut memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguatkuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang.


"Ia merupakan tindakan yang biasa dijalankan dalam mana-mana siasatan, sekiranya ada keperluan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Semalam Aman Palestin pada sidang media di Bangi memberi masa tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak 23 November lalu.


Peguam Aman Palestin Rafique Rashid dipetik sebagai berkata jika suruhanjaya itu gagal berbuat demikian, maka tindakan undang-undang akan diambil.


Azam berkata SPRM menjalankan siasatan secara profesional dan adil tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak.


"Terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka merasa ada keperluan untuk berbuat demikian," katanya.


Beliau berkata SPRM dipertanggungjawab untuk menyiasat dengan adil dan tegas sebarang isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terutama kes berkepentingan awam yang melibatkan ketirisan dana.


Susulan siasatannya sejak 17 Oktober lalu, SPRM bertindak membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti syarikat lain berkaitan dengannya pada 23 November lepas membabitkan wang berjumlah lebih RM15.8 juta.


Antara yang dirampas juga melibatkan simpanan jongkong emas yang digunakan untuk pelaburan.


Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.


Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, AMLATFPUAA 2001 dan Kanun Keseksaan (Akta 574).


SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenalpasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page