top of page

Bekalan telur kurang: Bukti kegagalan semua parti kerajaan BN - PN



Kekurangan bekalan telur di pasaran merupakan bukti nyata kegagalan kesemua parti dalam kerajaan BN - PN


Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin berkata pengakuan Menteri Annuar Musa semalam berhubung kegagalan usaha kerajaan mengatasi kekurangan bekalan telur di pasaran adalah petanda betapa tidak berwibawanya kerajaan peralihan ketika ini.


"Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dianggotai 5 Menteri Kabinet, antaranya Annuar Musa, Tengku Zahfrul, Ronald Kiandi, Alexander Natta Linggi dan Mustaffa Mohamed. Mereka mewakili semua parti BN-PN-GPS. Kegagalan pemimpin kanan kerajaan ini menunjukkan kegagalan semua parti-parti kerajaan sedia ada.


"Telur adalah sumber protein yang termurah. Rakyat Malaysia memerlukan bekalan 30 juta telur setiap hari. Selama 30 tahun, bekalan telur tidak pernah mengalami kekurangan seperti hari ini," kata Sim dalam satu kenyataan.


Katanya kekurangan telur disebabkan 3 perkara yang tidak pernah berjaya diatasi oleh kerajaan BN - PN


Antaranya faktornya, kerajaan memberi kadar subsidi kepada penternak ayam pada kadar tidak mencukupi dan mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga mengurangkan pengeluaran.


"Kerajaan juga gagal membantu penternak mengatasi masalah kekurangan pekerja yang serius dan mengatasi isu gaji pekerja yang meningkat


"Pemberian subsidi pula lewat dan penuh karenah birokrasi," ujarnya.


Selain itu, kata calon Ahli Parlimen Bayan Baru itu, faktor kadar subsidi yang sentiasa berubah-ubah pula menyebabkan penternak hilang keyakinan kepada sistem subsidi. Mereka turut menghadapi masalah penerimaan subsidi selepas berbulan-bulan menghantar permohonan.


"Pakatan Harapan (PH) yakin boleh mengatasi segala masalah ini jika dipilih membentuk kerajaan.


"Kami mempunyai trek rekod yang baik semasa Pentadbiran Menteri MOA Salahuddin Ayub dan saya sebagai Timbalan Menteri. Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution juga mempunyai trek rekod kejayaan mengawal harga barang.


"Jika dipilih, kami akan menggunakan kejayaan dan pengalaman kami untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan telur dan ayam ini," katanya.


Tegas Sim, PH tidak bercakap kosong kerana selama 22 bulan mentadbir, harga ayam kekal RM5.90 sekilo, Telur RM7.50 sepapan berbanding RM10 sekilo ayam dan RM 14.50 sepapan sekarang.


"Sepanjang 22 bulan semua bekalan makanan juga mencukupi, tidak pernah berlaku shortage.


"Semoga pengundi dapat membezakan bahawa antara batu dan permata. Pemimpin PH lebih berkesan mengurus kos sara hidup berbanding BN-PN-GPS," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page