top of page

Bekalan air Selangor 28% pulih, agihan menggunakan lori diteruskan



Gangguan bekalan air berjadual di sebahagian negeri Selangor mula pulih di beberapa kawasan utama hari ini.


Bagi kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan, lori tangki terus mengedarkan bantuan kepada pengguna. Di samping itu ADUN-ADUN dan Ahli Majlis juga giat melawat proses agihan air termasuk memberi air minuman botol secara percuma ke kawasan terjejas.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sendiri turun ke Pangsapuri PKNS Seksyen 17, Petaling Jaya semalam bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan ADN Seri Setia, Halimey Abu Bakar mengagihkan 500 botol air minuman 5 liter kepada penduduk.


"Pihak Air Selangor juga telah menyediakan dua tangki statik dengan kapasiti 5,600 liter bagi kegunaan penduduk di kawasan ini," tulis MB dalam Facebook rasmi beliau.


Semenara itu, Air Selangor dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021.


"Setakat jam 6:00 pagi hari ini pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 28%.


"Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," kata kenyataan itu.


Menurut Air Selangor, kawasan Kuala Selangor mencatat 75% pemulihan, Hulu Selangor 60%, Petaling 60%, Shah Alam 40%, Klang 0.9%, Gombak 0%, Kuala Lumpur 0% dan Kuala Langat 0%.


Pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mengetahui lebih lanjut status pemulihan.


Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page