top of page

Bebas aktivis GSF: PM Anwar buktikan diplomasi Malaysia berkelas dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 2 min read

DS Anwar berbangga dengan sukarelawan GSF Malaysia, berdiri sepentas di Stadium Axiata
DS Anwar berbangga dengan sukarelawan GSF Malaysia, berdiri sepentas di Stadium Axiata

Oleh: Akmal Manaf


Pembebasan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) berjaya direalisasikan hasil kebijaksanaan dan kepimpinan berhemah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang segera menggerakkan usaha diplomatik dengan pemimpin antarabangsa sekali gus menyerlahkan kewibawaannya sebagai pemimpin berkelas dunia.


Susulan kejayaan membawa pulang 23 sukarelawan dari tahanan Israel, Pengerusi Biro Perpaduan Nasional KEADILAN Selangor, David Cheong Kian Young menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar atas keprihatinan yang mendalam terhadap isu kemanusiaan dan keadilan sejagat.


Ujarnya, sikap dipamerkan PM Anwar itu sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab bersama terhadap penderitaan manusia tanpa mengira bangsa dan agama.


"Pembebasan ini adalah hasil daripada kebijaksanaan dan kepimpinan berhemah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan kedudukan serta kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang dihormati di peringkat antarabangsa berhubung secara terus dengan pemimpin dunia dalam usaha membebaskan sukarelawan berkenaan.

David Cheong Kian Young
David Cheong Kian Young

''Usaha gigih PM Anwar membuktikan bahawa diplomasi Malaysia yang berasaskan nilai kemanusiaan mampu memberi kesan nyata kepada perjuangan global menentang kezaliman.


''Kami juga menzahirkan rasa kagum dan penghormatan kepada para sukarelawan GSF atas keberanian dan keikhlasan mereka menyertai misi kemanusiaan di Gaza yang kini berhadapan krisis kemanusiaan yang paling parah dalam sejarah moden.


''Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin,'' katanya dalam satu kenyataan sambil memuji semangat keberanian kumpulan sukarelawan itu dalam usaha mereka untuk tiba di Gaza.


Ujar David Cheong lagi, pihaknya akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang kini terperangkap dalam kepungan rejim Zionis, berdepan kebuluran, kekurangan ubat-ubatan dan kehancuran infrastruktur asas, akibat sekatan tidak berperikemanusiaan dan kekejaman tentera Zionis.


Beliau menegaskan, dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap tragedi itu, sebaliknya semangat kemanusiaan sejagat menuntut agar penindasan dihentikan segera dan rakyat Palestin diberikan hak untuk hidup bebas dan bermaruah di tanah air sendiri.


''Sebagai sebahagian daripada agenda Perpaduan MADANI, kami komited memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dalam semangat kemanusiaan sejagat dan solidariti berterusan untuk Palestin.


''Kami percaya perpaduan nasional yang kukuh adalah asas kepada suara Malaysia yang dihormati di pentas dunia dalam memperjuangkan keadilan, keamanan, dan kemanusiaan sejati,'' kata beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page