Bazir undi BN - PN, lepas PRU mereka bentuk kerajaan tidak stabil - Rafizi



Pengundi diingatkan agar tidak silap membuat pilihan terlanjur mengundi parti BN atau PN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, kedua dua gabungan berkenaan amat pasti akan bersatu semula sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, dan yang menjadi mangsa 'kena kencing' adalah pengundi yang menyokong mereka.


Sebaliknya, kata beliau dengan mengundi Pakatan Harapan (PH) dan menang lebih 100 kerusi maka jalan terbuka luas untuk membentuk kerajaan bersama gabungan parti di Sarawak, yang lebih baik daripada BN - PN.


"Kita boleh menang 90 kerusi (sekarang), kalau kempen kita jadi lebih baik kita boleh menang 100 kerusi. Kalau menang 100 kerusi ada peluang kita berbincang dengan gabungan yang dapat mandat di Sarawak untuk kita bentuk kerajaan bersama. Tetapi kalau kita dapat seratus kerusi pun maknanya pari lain akan dapat 122 kerusi.


"Saya tahu rancangan Umno, Pas, Bersatu dan GRS. Kalau mereka dapat kerusi sikit saja. Misal BN dapat 60, PN 30, campur Sabah, Sarawak mereka akan tetap cuba bentuk kerajaan sama macam yang ada sekarang.


Sebab itu saya cakap kepada yang Melayu, kamu kata tak nak Umno BN sebab korup. Good job. Tetapi kalau kamu bagi undi kepada Pas dan Bersatu dia sama macam beri undi kepada BN sebab setiap gabungan itu tidak akan dapat kerusi lebih banyak daripada PH


"Akhirnya Umno, Pas, Bersatu dan parti kecil Sabah dan Sarawak bergabung bentuk kerajaan. Pengundi Melayu perlu berfikir rasional. Tukarlah kerajaan yang betul betul bagus dan original," katanya dalam ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Ledang, Johor malam tadi.


Dalam pada itu, Rafizi yakin momentum BN semakin merosot berdasarkan gerak kerja pilihan raya mereka yang lesu setelah masuk pusingan kedua kempen akibat perbalahan berterusan setiap hari.


Katanya, jawab menjawab dalam isu Khairy Jamaluddin (KJ) dicampak ke parlimen Sungai Buloh pun masih berlarutan selepas seminggu penamaan calon.


"Kalau tengok kempen hanya calon PH ada bunting muka calon. Sebab Umno gaduh sama dia. KEADILAN putuskan calon dua minggu sebelum penamaan calon. Sebab kita perlukan 2 minggu untuk cetak bunting.


"Sebab itu kita berjaya letak lebih bahan kempen yang menunjukkan calon. BN gaduh pasal calon. Zahid cakap sama KJ sudah nasib baik sebab KJ minta ke Sungai Buloh, saya hantar di ke sana. KJ jawab saya minta Sungai Buloh sebab kamu tak kasi kerusi lain.


"Hari ini Zahid jawab, saya sudah kasi Sungai Buloh sudahlah. Kamu diam diam saja.


"Saya nak cakap dengan KJ, Zahid, kamu nak kempen dengan rakyat ke sesama sendiri? Ini bukan kempen pemilihan Umno, ini PRU," katanya.


Mengenai kempen Pas pula, Rafizi minta pengundi Melayu berhati hati dengan racun perkauman yang ditabur oleh parti agama itu.


Katanya, PH dalam minggu terakhir kempen perlu tumpu menyerang PN kerana matlamat kempen mereka adalah untuk mengelirukan pemikiran Melayu.


"Kita kena berhati dengan Pas dan Bersatu. Bila kita serang BN, yang lawan korupsi BN adalah PH. Di belakang ada orang Bersatu dan Pas yang bisik kepada orang Melayu, kalau kamu tak suka BN sebab korup tetapi jangan undi PH sebab ada Cina. Undi kita (PN) sebab Islam. Itu dimainkan Pas dan Bersatu di mana mana


"Kepada pengundi Melayu, (ada penceramah) Pas cakap kalau orang Melayu undi PH atau BN nanti masuk neraka.


"(Hal ini) orang Umno pun pening kepala (juga orang Pas). Sebab sudah cakap kalau undi Umno BN masuk neraka, jadi ada masalah besar bagi orang Pas di Sabah. Di Sabah Pas tidak bertanding dan Pas Sabah keluar arahan pengundi Pas undi Bersatu dan Umno," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER