top of page

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 disalurkan mulai hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 29, 2024
  • 1 min read

ree

Bayaran bagi Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalurkan bermula hari ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri (PM) berkata bayaran maksimum bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih daripada 66 peratus kepada RM500, ketimbang RM300 pada tahun lalu.

"Saya akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.


"Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah.


"Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.


"Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page