top of page

Bayaran RM200 kutipan sampah di Terengganu tidak berhati perut?



Kerajaan Negeri Terengganu tidak wajar membiarkan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengenakan caj RM200 untuk pembayaran kutipan sisa domestik yang ketika ini percuma.


Menurut Ketua Penerangan Negeri KEADILAN Terengganu Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif, caj setinggi itu amat tidak wajar dikuatkuasakan di negeri yang kaya hasil petroleum dan ketika rakyat menderita menghadapi kemuraman ekonomi akibat pandemik Covid 19.


Katanya, peraturan baharu yang dikeluarkan itu dan telah beredar dalam kalangan penduduk sekitar Dungun melalui aplikasi WhatsApps sejak 21 Disember lalu serta akan berkuatkuasa pada Januari 2021, ditentang oleh penduduk daerah Dungun.


Syed Mohamad Al Amin

"Hal ini sesuatu yang mengecewakan. Ia jelas menunjukkan seolah-olah Kerajaan PAS Terengganu tidak tahu bagaimana mengurus negeri sedangkan mereka menerima peruntukan billion ringgit dari Kerajaan Persekutuan.


"Dengan peraturan baru ini rakyat terpaksa membayar RM200 untuk mendapatkan perkhidmatan kutipan sampah individu berbanding tiada bayaran yang dikenakan ketika ini. Penduduk yang tidak membayar RM200 dan tidak menyediakan tong sampah dengan label yang ditetapkan oleh MPD, tidak akan mendapat perkhidmatan kutipan sampah mereka.


"Walaupun penduduk mempunyai pilihan untuk membuang sampah dalam tong sampah awam yang disediakan namun bilangan tong tersebut agak terhad," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Menurut Syed Mohd Amin lagi, pilihan membuang sendiri sampah tidak praktikal bukan sahaja kerana lokasi tong sampah yang jauh tetapi kepada golongan warga tua, penduduk yang sakit serta warga yang kurang upaya. Sedangkan Ketika ini mereka hanya membuang sampah dalam tong sampah di luar kediaman masing-masing dan tidak perlu bergerak jauh.


"Jika benar pihak pentadbiran kerajaan tempatan hanya akan mengutip sampah dari tong berlabel sebagaimana kehendak peraturan baru ini dan membiarkan tong sampah tanpa label tanpa dikutip, keadaan ini pasti akan mengundang lebih banyak masalah termasuk penyakit dan pencemaran.


"Sesungguhnya retorik “Maju Berkat Sejahtera” adalah “laungan tanpa amal” yang tidak memberi makna kepada rakyat marhean yang sedang bergelut menghadapi Covid-19 dan terjejas punca pendapatan.


"RM200 suatu jumlah yang besar bagi mereka berbanding pimpinan Pas yang telah selesa dikerusi empuk masing-masing dan tidak mempedulikan kepayahan rakyat," katanya lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page