top of page

Baucar buku MADANI diagihkan kepada pelajar dalam masa terdekat - KPM

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • May 30
  • 1 min read

Proses pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan akan dilaksana dalam masa terdekat.


Kementerian itu menerusi satu kenyataan semalam berkata, pihaknya sedang memperincikan inisiatif baucar buku MADANI RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar.


"Ia bertepatan dengan usaha KPM untuk menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pengetahuan," kata kenyataan itu.


Perdana Menteri, semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 mengumumkan inisiatif pemberian baucar buku MADANI tetap diteruskan meskipun kerajaan berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di rantau Asia Barat ketika ini.


Keputusan itu jelasnya demi memastikan budaya membaca terus dipupuk dalam kalangan generasi muda.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page