top of page

Batu Puteh: Tun M sedia ke mahkamah, jalankan pendakwaan - KEADILAN Kemaman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 2 min read

ree

Kesediaan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk ke mahkamah menghadapi dakwaan kecuaian menyebabkan Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura perlu ditangani dengan membawa tokoh veteran itu ke muka pengadilan.


Menurut kenyataan KEADILAN Kemaman, sikap Kerajaan Madani enggan mendakwa Tun M kerana faktor usia mencecah 100 tahun perlu difikir ulang kerana tokoh itu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadapkannya ke mahkamah berhubung dakwaan kesalahan dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh.


Tun M dipetik laporan media menegaskan beliau tidak memerlukan sebarang imuniti dan sedia berdepan dengan proses perundangan bagi membersihkan namanya.


"KEADILAN Kemaman mohon pihak kerajaan melalui Peguam Negara segara jalankan pendakwaan terhadap Tun M berkenaan isu Pulau Batu Puteh


"Ini merujuk kepada kenyataan PM di Dewan Rakyat pada Selasa 22 Julai, berkenaan dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat yang menyatakan tentang kedudukan isu Pulau Batu Puteh di mana PM mengesahkan bahawa berlakunya pelanggaran undang undang dan dari bukti yang ada Tun M bertanggungjawab dalam isu kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tetapi kerajaan tidak berhasrat mengambil tindaan undang undang kepada Tun atas faktor usia.


"Bagaimanapun pihak KEADILAN Kemaman melihat kenyataan balas Tun M (selepas itu) dan beliau sedia untuk didakwa, maka kerajaan perlu menyambut perkara ini," kata kenyataan itu.


Tegas KEADILAN Kemaman, kecuaian dalam pemerintahan apatah lagi sehingga kehilangan aset penting negara tidak boleh dikompromi.


"Suspek sedia untuk dihadapkan ke mahkamah maka kerajaan mesti melakukan segera pendakwaan demi maruah negara," katanya kenyataan itu lagi.


Dalam sesi PMQT, Datuk Seri Anwar berkata, Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Tun Dr Mahathir berhubung isu Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.


Kerajaan bagaimanapun, kata beliau, berpendirian Dr Mahathir tetap bersalah kerana keputusannya sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.


Untuk rekod, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Disember tahun lalu, mendedahkan kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura.


Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page