top of page

Batal rayuan pembebasan Ku Nan: Kredibiliti Peguam Negara tercemar - PH



Keputusan Peguam Negara membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Tengku Adnan Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016 boleh mencemarkan imej dan kredibiliti Peguam Negara.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian keputusan yang mengecewakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh Peguam Negara kerana ia mewujudkan persepsi yang sangat buruk serta boleh menghakis kepercayaan awam.


"Tindakan membatalkan rayuan ini mewujudkan persepsi yang buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara malah mencemarkan kredibilitinya serta kebebasannya untuk menjalankan tugas rasmi secara profesional.


"Majlis Presiden juga akan meneliti kemungkinan tindakan Peguam Negara melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara PH dan Kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung Kebebasan Institusi Kehakiman," kata Majlis Presiden dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, biar pun Peguam Negara mempunyai kuasa untuk menggugurkan rayuan namun dalam pertuduhan yang mempunyai unsur-unsur rasuah dan melibatkan kepentingan awam, keputusan yang kontroversi haruslah dielakkan.


"Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara ini adalah salah dan mengecewakan. Kami menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan samada menarik balik rayuan tersebut atau tidak.


"Namun, di dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala proses perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya (exhausted)," kata mereka.


Justeru, Majlis Presiden PH meminta Peguam Negara memberikan justifikasi yang meyakinkan berhubung tindakan beliau dalam kes Tengku Adnan.


"Majlis Presiden akan terus meneliti tindakan-tindakan seperti ini dan mempertimbang langkah langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikaikan dan kewibawaannya tercalar


"Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page