top of page

Batal kemenangan di Kuala Terengganu, dakwaan guna wang terbukti



Pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 bagi parlimen Kuala Terengganu semalam membuktikan bahawa dakwaan penggunaan wang oleh Perikatan Nasional (PN) ketika kempen PRU lalu mempunyai asas dan bukti.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, pembatalan kemenangan Ahmad Amzad Hasyim susulan petisyen pilihanraya yang difailkan oleh Barisan Nasional (BN) itu menjadi satu kemenangan bermakna kepada pari komponen Kerajaan Perpaduan yang sejak PRU 15 lalu mendakwa dikalahkan di banyak kawasan atas faktor PN membeli undi.


Oleh itu, kata Ahmad Nadhir, pihak berkuasa selepas ini perlu melakukan siasatan terperinci ke atas dakwaan sogokan tersebut dan mengambil tindakan undang undang.


"Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur rasuah dan pembelian undi yang berleluasa oleh PN dalam PRU lalu


"Justeru itu, pihak kerajaan melalui SPRM dan juga badan penguasa lain harus segera menyiasat dengan lebih terperinci lagi berhubung dakwaan penggunaan wang yang berleluasa tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pula, kata Ahmad Nadhir, Kerajaan Perpaduan perlu menggunakan kes di Kuala Terengganu itu sebagai bahan utama kempen kesedaran agar rakyat tidak lagi menagih wang ringgit daripada calon yang bertanding kerana kemenangan calon itu boleh dibatalkan.


Pengundi juga, katanya, mesti diberitahu bahawa PN bukanlah bersih sebagaimana didakwa sebelum ini.


"Masyarakat mesti disedarkan dengan pembohongan pihak PN yang mendakwa mereka bebas daripada segala salahguna kuasa kerana fakta dan keputusan mahkamah telah membuktikan sebaliknya," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page