top of page

Basmi rasuah, boleh tolong lebih banyak rakyat bawahan - Anwar



Kerajaan serius dalam usaha membasmi rasuah dan menggunakan kewangan yang terkumpul itu bagi membantu rakyat bawahan.


Menurut Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai kemudahan boleh disediakan dengan kewangan yang berjaya dijimatkan.


"Ini tidak, ada kuasa sakau wang (pemerintah sebelumnya). Kali ini saudara bersama sama (Kerajaan Perpaduan) kita hentikan rasuah dan penipuan. Bangunkan rakyat.


DS Anwar bertanya produk usahawan kecil di PPR Kg Baru Hicom yang gigih berniaga

"Rakyat beri amanah, angkat jadi Menteri, PM. Mengapa kalau ada tauke besar nak derma, derma kepada parti?


"Dermalah kepada pesawah padi miskin. Jangan derma kepada parti. Sebab itu kita (kerajaan) beri derma kepada pesawah padi RM60 juta (dari derma Bernas).


"Syarikat besar ini kalau diurus dengan bersih, boleh cari PPR setiap seminggu, turun beri bantuan," katanya dalam ucapan perasmian program Rights To The City: Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kg. Baru Hicom, Jalan Bukit Belimbing, Shah Alam, Selangor pagi tadi.


Beliau memberi contoh projek tebatan banjir yang diluluskan oleh kerajaan PN-BN sebelumnya yang membazir telah beliau batalkan. Penjimatan daripada itu, katanya kerajaan mampu membina projek tebatan banjir baharu.


"Saya beri contoh projek tebatan banjir, Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu semua banjir. Berapa diluluskan RM13.5 bilion, rundingan terus. Ambil satu syarikat dan beri.


"Saya sempat jadi Menteri Kewangan sebelum dilaksanakan. Jadi saya batalkan. Saya kata buat tender terhad. Bila buat kita dapat selamatkan hampir RM2 bilion.


"Bukan isu politik, ini isu rakyat. RM2 bilion saya buat apa? Saya tambah satu lagi projek tebatan banjir di Johor, saya tambah satu lagi di Sg Golok, Kelantan.


"Oleh itu saya mahu rakyat faham. Saya nak nokhtahkan rasuah besar di negara ini. Saya yakin inshaAllah kalau dapat selamatkan negara dari ketirisan kita boleh bantu rakyat," katanya.


Beliau juga memuji pendduk flat Kg. Baru Hicom yang telah berjuang sekian lama untuk menegakkan kerajaan Madani berteraskan reformasi.


Katanya, reformasi bermula di peringkat rakyat bawahan dan telah mengubah landskap politik negara. Termasuk juga mengubah nasib rakyat.


"Inilah yang dinamakan reformasi itu bermula dari kalangan masyarakat biasa. Macam macam yang dibuat.


"Ada kuih, ada jahitan, ada ubat ada pelbagai masalah. Mereka timbulkan soal pemasaran. Ini syarikat besar banyak ada. CSR mereka saya ingat boleh selesai," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page