top of page

Barisan hadapan: Christina puji usaha polis Sabah laksana PKP


Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew (dua dari kiri) memuji pasukan polis dalam usaha melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dipanjangkan sehingga 12 Mei dengan berkesan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, Polis Daerah Kota Kinabalu telah memainkan peranan penting sebagai petugas barisan hadapan. "Kerajaan sangat menghargai peranan yang dimainkan pasukan polis sepanjang PKP ini. Berdasarkan pandangan saya, pasukan polis daerah Kota Kinabalu melakukan kerja mereka dengan baik bagi memastikan orang awam mematuhi arahan. "Situasi di sini berada dalam keadaan terkawal," katanya dalam satu kenyataan selepas menyerahkan bantuan unit peralatan kesihatan dan makanan kepada balai polis daerah Kota Kinabalu, baru-baru ini. Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, kerajaan Sabah akan memastikan tidak wujud sebarang kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas dalam negeri ini. "Pasar, pasar raya, restoran dibenarkan beroperasi pada waktu ditetapkan, oleh itu rakyat tidak perlu panik. Ikuti arahan yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang PKP dilaksanakan. "Kita perlu memberikan tumpuan memerangi pandemik Covid-19. Duduk di rumah bersama ahli keluarga dan menjaga kesihatan masing-masing," katanya. Menurutnya, seseorang itu masih boleh bekerja dan bersenam dari rumah. Keluar rumah hanya ketika mempunyai keperluan dan amalkan penjarakan sosial. Katanya, jangan sesekali mengingkari arahan PKP dan memberikan kerjasama baik agar mampu bersama-sama mengatasi pandemik berkenaan. "Selepas terkawalnya Covid-19 ini nanti, kerajaan akan terus memberikan fokus utama dalam meningkatkan pembangunan ekonomi. "Adalah penting kerajaan dan sektor swasta bersama-sama memacu atau memangkin perkembangan ekonomi untuk Sabah," katanya. Hadir sama dalam majlis serahan sumbangan Kerajaan Negeri itu ialah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji. Dalam pada itu, Habibi menjelaskan bahawa sejumlah 800 anggota polis terlibat dalam PKP ditempatkan pelbagai lokasi di sini dalam usaha mengawal keadaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page