top of page

Barisan Exco Negeri Sembilan dilantik dalam masa terdekat



Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu akan dilantik dalam masa terdekat.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, bagi penggal kedua petang semalam.


Menurut Aminuddin, perbincangan berkenaan pelantikan Exco akan dimulakan esok termasuk perkara berkaitan pembahagian jawatan mengikut parti dalam Kerajaan Perpaduan.


Pihaknya juga menyerahkan kepada parti masing-masing untuk melantik sama ada muka baharu atau lama yang akan dicadangkan bagi memegang jawatan sebagai Exco di negeri ini.


"Pastikan saya perlu gandingan baharu dan lama bagi memastikan kelangsungan penerusan tugasan-tugasan dan berdasarkan perlembagaan kita, jumlah Exco yang dilantin adalah dari empat hingga maksimum 10 orang.


"Saya cuba yang terbaik, secepat mungkin. Kalau tak ada halangan dan mendapat kelulusan di peringkat pucuk pimpinan parti masing-masing. Di peringkat parti masing-masing harus berbincang, bersetuju supaya tidak ada perkara-perkara (timbul) kemudian," katanya.


Sementara itu jelas Aminuddin lagi, beliau akan melantik maksimum 10 wakil rakyat sebagai Exco bagi portfolio tertentu dan setiap Exco hanya mendapat elaun sebagai Exco tanpa mengira berapa banyak portfolio yang dipertanggungjawab.


"Bilangan Exco tu kita tak boleh tambah sebab dalam perlembagaan maksimum 10 orang. 10 ke 20 portfolio, elaun dia sama," katanya.

Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti kira-kira jam 4.15 petang semalam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page