top of page

Banyak projek di Kedah perlahan, terjejas di bawah Pas



Beberapa projek pembangunan di negeri Kedah tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan pembangunan projek perlahan dan terjejas, dakwa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.


Datuk Zamri Yusuf (gambar, bertopi merah) yang dipetik berkata, perkara itu berlaku ekoran beberapa isu yang tidak diberi perhatian dengan betul oleh Kerajaan Negeri.


Ekoran masalah projek sedia ada, beliau melahirkan kebimbangan bahawa negeri itu akan sukar mendapat projek-projek pembangunan baharu dari Persekutuan.

"Ada projek yang terjejas kerana masalah pengambilan tanah serta terkait beberapa isu dengan masyarakat setempat. Untuk menyelesaikan isu tersebut, kerajaan negeri perlu beri perhatian penuh.


"Sebagai contoh dalam isu pengambilan tanah, kerja yang perlu dilakukan bukan setakat wartakan saja sebaliknya selepas itu perlu ada tindakan susulan termasuk persetujuan ramai terhadap kerja yang hendak dilaksanakan," katanya dipetik Utusan.


Beliau memberi contoh beberapa projek yang bermasalah termasuk pembinaan lima loji rawatan air (LRA) yang ada antaranya baru mencapai tahap 10 peratus dalam tempoh tiga tahun.


Selain itu rancangan tebatan banjir juga statusnya tidak berkembang sejak Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu lencongan di Gunung Keriang serta Kuala Sungai pada 2019 dan 2020 ketika menjadi Kerajaan Negeri sebelum ini.


"Jadi apabila Menteri Besar tidak teruja dengan pengumuman RM1.6 bilion baru-baru ini kerana mendakwa ia hanya projek sudah diumum dan diusahakan kerajaan terdahulu, maka itu sebenarnya menjadi bukti Kedah sukar mendapat projek baharu kerana projek-projek sebelum ini pun banyak terjejas dan berjalan terlalu perlahan," katanya


Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada sidang akhbar projek menggantikan Jambatan Manjalara di Jalan Putra di Alor Setar semalam.


Penggantian Jambatan Manjalara oleh Kerajaan Persekutuan itu jelasnya dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025 bakal memberi manfaat besar tidak hanya kepada lalu lintas di situ malah aspek pelancongan di Alor Setar.


"Jambatan baharu ini akan berada di kedudukan lebih tinggi berbanding paras sungai, sekali gus membolehkan aspek pelancongan menelusuri Sungai Kedah boleh dilaksanakan dengan lebih lancar ke lokasi lebih jauh menggunakan bot.


"Selain itu, jambatan ini juga secara keseluruhannya akan memiliki empat lorong berbanding cuma tiga sebelum ini. Keadaan itu akan membantu mengurangkan kesesakan terutamanya di waktu puncak," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page